CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pukul Dua Pagi Pegawai Pencegah Maksiat Gegar Bilik Hotel, Mujur Bawa Kad Nikah

4-1-2023 08:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4860| Komen: 54

Muar: Pengalaman bermalam di sebuah hotel pada malam sambutan Hari Natal yang lalu tidak dapat dilupakan wanita dikenali Nurul Jannah dan suaminya, Mohd Amirrul Amir apabila hampir 'dicekup' pegawai pencegah maksiat.


Bagaimanapun, kad perakuan nikah yang dibawa bersama menjadi penyelamat pasangan itu.

Berkongsi kisah itu, Nurul Jannah, 30, berkata, dia dan suami menginap di hotel berkenaan kerana ada tugas melukis inai untuk pelanggan yang sudah membuat tempahan di Sungai Mati, di sini kira-kira jam 6 pagi keesokan harinya.


Foto: FB

"Oleh kerana perlu bangun awal, saya dan suami tidur kira-kira jam 12 tengah malam.

"Sekitar jam 2 pagi, kami dikejutkan dengan ketukan pintu bilik yang kuat dan terus terjaga.

"Keliru juga dibuatnya memikirkan kenapa ada yang ketuk pintu pada waktu itu dan suami pergi melihat melalui lubang pintu sebelum mendapati pegawai pencegah maksiat berada di luar bilik.

"Suami terus minta saya keluarkan kad pengenalan dan saya pula segera capai tudung untuk dipakai sebelum kami buka pintu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nurul Jannah, bukan satu atau dua namun ramai pihak berkuasa datang ke bilik hotelnya.

Nurul Jannah berkata, belum sempat disoal siasat, suaminya terus menghulurkan kad pengenalan bersama kad perakuan nikah sebagai bukti mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.

"Pegawai berkenaan lihat kad pengenalan dan kad nikah kemudian mohon maaf kerana mengganggu sebelum beredar.

"Ketika itu, baru saya sedar betapa bergunanya kad perakuan nikah selepas hampir tujuh tahun berumah tangga," katanya.

Katanya, dia dan suami memang sentiasa bawa kad perakuan nikah malah ia diletakkan di dalam dompet.

"Cuma, tak sangka ada serbuan hari itu, nasib baik kami bawa kad nikah.

"Mula-mula terkejut juga apabila dengar ketukan pintu awal pagi dan ingatkan pihak hotel kerana kerap juga tidur di situ namun rupanya pihak penguatkuasa. "Bagaimanapun, kami faham mereka hanya jalankan tugas," katanya.

Berhubung perkongsiannya di Facebook (Fb), Nurul Jannah berkata, niatnya sekadar untuk berkongsi pengalaman.

"Nampaknya netizen terhibur dan sekurang-kurangnya mereka sedar pentingnya kad nikah itu.

"Pengajarannya, kad nikah penyelamat setiap pasangan tetapi ramai sebenarnya ambil perkara remeh.

"Sesiapa yg belum ada kad nikah, baik buat segera kerana sangat berguna masa keadaan begitu. Ini kerana ramai pasangan tidak ambil lagi kad nikah," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epullipan 4-1-2023 09:11 AM
Good Job penguatkuasa buat kerja..tapi mohon serbu semua tempat jgn pilih yang OYO je
Quote nononcrux 4-1-2023 09:46 AM
trending btl troll bawak kad nikah ni eh.. bagus la teruskan usaha membantras & cegah, yg troll ni pon kdg budak budak sgt perangai haih.. kang tak buat kerja kena bash plak maksiat sane sini.. know know ank dlm tong sampah..
Quote lattehazelnut 4-1-2023 09:50 AM
So ape masalahnye sampai keluar berita?
Mmg selama ni korg xbawak ke kad nikah tu?
Quote kelbros 4-1-2023 09:53 AM
mohon nk geledah tu tanggal kasut ne.. apo.. masuk bilik orang ngan kasut x bukak...
Quote SWORKS27 4-1-2023 09:55 AM
lattehazelnut replied at 4-1-2023 01:50 AM
So ape masalahnye sampai keluar berita?
Mmg selama ni korg xbawak ke kad nikah tu?

dia share dlm FB je...ada kepoci dok gigih buat story, headline etc...

Quote Radzor 4-1-2023 10:31 AM
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggariskan enam panduan umum operasi tangkap khalwat.

Menerusi catatan beliau diblognya pada 2011, Dr Asri berkata, memandangkan Islam cuba sedaya upaya menutup maksiat peribadi seperti khalwat, zina, minum arak dan seumpamanya, maka garis panduan operasi ‘tangkap khalwat’ mestilah diperketatkan.

Katanya, ini kerana operasi tangkap khalwat, selalu menimbulkan pertentangan dengan prinsip-prinsip Islam dalam hal ini.

- advertisement -

“Ramai orang menyangka tanpa operasi tangkap khalwat maka bertambah perzinaan dalam masyarakat, sedang mereka lupa zina itu berkembang disebabkan maksiat terbuka seperti media, hiburan, pentas seni dan seumpamanya yang secara terang mempromosikan maksiat.

“Malang sekali, jika maksiat tertutup diintip dan dicari sementara yang nyata dibiarkan dan dipromosi,” katanya menerusi catatan ‘Minda Tajdid’ beliau.

Dr Asri berkata, antara cadangannya ialah pertama, “Operasi ini hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus (mengintip aib orang lain) berkembang dalam masyarakat Islam.”

“Maka pemberi maklumat hendaklah dipastikan ia tidak diperolehi berdasarkan perbuatan tajassusnya. Sebaliknya, berasaskan zahirnya kemungkaran tersebut.

“Seperti nampak dari luar rumah, atau bunyi yang meyakinkan maksiat sedangkan berlaku. Pemberi maklumat memperolehi secara jelas, bukan tajassus atau intipan. Jika pemberi maklumat melakukan tajassus tanpa keperluan, maka dia fasik,” katanya.

Yang kedua katanya, “Tidak boleh operasi itu sendiri berasaskan tajassus,”.

“Hendaklah kemungkaran yang dicegah itu apabila ia nyata atau diketahui secara yakin. Ini seperti nampak melalui tingkap atau cermin yang jelas.

“Aktiviti yang dimaklumi oleh masyarakat sekeliling atau berdekatan. Maka tajassus seperti memeriksa bilik ke bilik, atau meminta dibuka pintu untuk diperiksa tanpa sebarang kemaslahatan mendesak iaitu ancaman keselamatan awam adalah bercanggahan dengan ruh Islam. Ia menggalakkan sikap prasangka dan boleh memalukan atau menjatuhkan maruah mereka yang diperiksa,” katanya.

Sementara garis panduan ketiga ialah, “Operasi tidak boleh berasaskan maklumat yang tidak pasti,”.

“Sekalipun tanpa intipan, tetapi jika berita berasaskan syak wasangka atau agakan semata-mata tidak boleh dijadikan teras operasi. al-Quran melarang menerima perkhabaran orang fasik.

“Maka pemberi maklumat atau informer yang diketahui terlibat dengan kerja-kerja fasik secara jelas hendaklah ditolak,” katanya.

Dalam pada yang keempat katanya, pihak pencegahan tidak boleh menggalakkan suasana suka mengadu keaiban sesama muslim, secara langsung atau tidak tanpa kesedaran sendiri melakukan al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Mungkar.

“Nabi SAW tidak suka kes-kes diangkat kepada baginda. Sikap suka mengangkat kes-kes maksiat peribadi kepada penguasa adalah menyanggahi ruh Islam yang menyuruh ditutup keaiban saudara Muslim.

“Sebaliknya, masyarakat hendaklah digalakkan dan diberi kesedaran melakukan Al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Munkar kerana itu adalah tanggungjawab semua pihak. Maka pemberian saguhati kepada pemberi maklumat dalam maksiat peribadi ini,” katanya.

Yang kelima katanya, “Tidak boleh didedahkan maksiat ini kepada umum melainkan untuk tujuan penghakiman.”

“Maka tindakan membawa media untuk membuat liputan semasa penangkapan adalah menyanggahi prinsip-prinsip menutup aib dalam Islam.

“Bahkan perbuatan menyiarkannya kepada awam seperti di internet dan media massa adalah haram kerana mendedahkan keaiban orang lain,” katanya.

Yang terakhir katanya, “Tidak boleh menuduh mereka yang berkhalwat itu berzina selagi tiada empat orang saksi yang melihat secara terperinci proses zina itu berlaku tanpa syak.

“Jika pegawai itu menuduh tanpa bukti, maka hendaklah dibicarakan di bawah peruntukan qazaf,” katanya. – Sinar Harian
Quote TomyamPuteh 4-1-2023 10:36 AM
Acik2 andartu tersenyum sinis lagi.
Quote rikiruj 4-1-2023 10:44 AM
Apa lagi tugas pegawai penguatkuasa jakim atau ja negeri? Aku tak tau sebab tu bertanya.. selain tangkap orang berzina, orang tak puasa.
Quote Radzor 4-1-2023 10:48 AM
Dok kutip tax kilang jualan arak sebagai pendapatan negara pastu bayar gaji kakitangan kerajaan tuntak haram ka ? Majlis agama tamau oi tangkap ka?
Maksiat sembunyi dok oi cari. Maksiat depan mata buat tak nampak.
Quote sarahmirza 4-1-2023 10:53 AM
lattehazelnut replied at 4-1-2023 09:50 AM
So ape masalahnye sampai keluar berita?
Mmg selama ni korg xbawak ke kad nikah tu?

Bukan tak bawak, memang tak pernah ada...
Ada sekali dulu dtg masa nak amik sijil nikah ke apa tak ingat... konon nak buat sekali tapi orang tu kata nak kena ada gambar pakai songkok pakai tudung bagai... Kita org dh siap bawa gambar masa tu... Nak suruh ulang alik lagi pejabat agama tu mmg malas la.. Hujungnya sampai skrg tak buat.
Quote sarahmirza 4-1-2023 10:56 AM
Teringat husband-wife kena gegar pintu bilik atas tuduhan berkhalwat nak saman pejabat agama.. Tak tau apa cerita..

Kalau i kena memang i saman la...
Tapi itulah, depa mana nak terjah hotel 4 or 5 bintang....
Quote Samerosie 4-1-2023 11:10 AM
sarahmirza replied at 4-1-2023 10:53 AM
Bukan tak bawak, memang tak pernah ada...
Ada sekali dulu dtg masa nak amik sijil nikah ke apa tak ...

Sama le kita tak de kad nikah pun.  Nikah kat Sepang dia suruh buat kad nikah kat Shah Alam.  Memang dari sehari ke sehari nak pergi tak pergi2 last2 dah 20 tahun huhu.  Depa ni kan yg terjah2 ni sometimes bukan orang report pun, dia gi segala hotel budget ni lepas tu dia minta buku/list kemasukkan tu, mana yg dia tengok 2 orang dia gi terjah.  Tak de kerja lain derang ni.
Quote stania83 4-1-2023 11:38 AM
mcm bodoh je moral polis ni..jgn bagi cadangan nak gegar hotel 5 star pulak..selamanya hidup di celah kangkang orang..macammana nak maju, patutlah jenayah, bunuh, dera makin berleluasa.
Quote Adrif 4-1-2023 01:39 PM
sarahmirza replied at 4-1-2023 10:56 AM
Teringat husband-wife kena gegar pintu bilik atas tuduhan berkhalwat nak saman pejabat agama.. Tak t ...

ye tak ye. ko sebut baru aku teringat kes tu. bingit juga kes tu beberapa tahun lepas. apa endingnya eh
Quote mojarean_X 4-1-2023 01:41 PM
Cer gegar hotel2 5 dan 6 bintang kt KL
Quote Kak-Rohana 4-1-2023 01:44 PM
Drp ko gegar motel baik ko pergi tolong gelandangan tu dek.. tolong peminta2 sedekah le.
Quote Supersirap 4-1-2023 01:47 PM
Kebaikkan ada kad nikah
Quote mh17 4-1-2023 02:19 PM
Aku da 9thun ta pnh apply kad,malasnya lah..tp ta pnh pulak sepanjang ni kna ketuk pntu.kdg menunggu juga
Quote Gingerly 4-1-2023 02:27 PM
Motif ketuk pintu kuat2? Doorbell switch takda ke

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.101319 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top