CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali: Satu-Satunya Guru Mun Choong Yang Terselamat Kembali Mengajar

4-1-2023 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3650| Komen: 42

KUALA LUMPUR – Seorang guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, Jalan Ipoh di sini, yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor pada bulan lalu kembali memulakan tugas­nya semalam.


Seramai tujuh guru sekolah itu menyertai perkhemahan di lokasi tragedi, namun enam daripada mereka terkorban.

Semalam, enam guru baharu juga mula bertugas bagi menggantikan mangsa-mangsa yang meninggal dunia.


Foto: Kosmo

Tinjauan mendapati sesi persekolahan kembali dibuka semalam selepas bercuti selama tiga minggu berjalan seperti biasa, namun pada perhimpunan pagi, wakil guru meminta warga sekolah bertafakur selama seminit bagi mendoakan rakan-rakan mereka yang telah ‘pergi’.


Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) menghantar 25 kaunselor ke SJKC Mun Choong bagi membantu memulihkan emosi warga sekolah yang terkesan dengan tragedi tersebut.

Menurut Hui Ying, kesemua kanselor tersebut dibahagikan kepada empat kelas yang diajar oleh enam guru yang terkorban.

“Bantuan dan bimbingan kaunselor ini adalah bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan seperti biasa,” katanya selepas membuat lawatan di sekolah itu.

Sebelum ini, seramai 92 mangsa terlibat dalam kejadia tanah runtuh di Batang Kali yang mengorbankan 31 nyawa, manakala 61 orang lagi terselamat.

Dalam pada itu, Yang Dipertua PIBG SJKC Mun Choong, U Chin Ong memberitahu, sebanyak RM800,000 dana terkumpul di bawah Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan akan diagihkan kepada keluarga mangsa terlibat.

“Kita akan menubuhkan satu jawatankuasa yang akan mengkaji kaedah terbaik untuk me­nyalurkan sumbangan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden runtuhan tersebut,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pittjie 4-1-2023 08:56 AM
cikgu yang selamat ni kan yang pakai baju merah, rambut kotor dgn tanah dah selut tu kan? yang ramai cakap gambar dia tu dah jadi mcm poster kejadian. kesian dia .. mesti still trauma tu.
Quote airmineral 4-1-2023 09:08 AM
gituuuu rm800k terkumpul utk bagi pada mangsa
Quote Dzahin_poch 4-1-2023 09:11 AM
Sedihnya nak terus kan kehidupan seharian dgn inagatan dekat puluhan anak murid dgn rakan sekerja.
Quote lee_sakura 4-1-2023 09:13 AM
800k terkumpul tu...bagus pibg diorg
Quote ifanonline 4-1-2023 09:14 AM
batang kali ni akan berhantu
Quote cikatilia 4-1-2023 09:41 AM
pittjie: cikgu yang selamat ni kan yang pakai baju merah, rambut kotor dgn tanah dah selut tu kan? yang ramai cakap gambar dia tu dah jadi mcm poster kejadian. ...

mau dia ada ptsd trauma murung selepas ni.. kesian dia.

Quote Login_ID 4-1-2023 09:43 AM
lee_sakura replied at 4-1-2023 09:13 AM
800k terkumpul tu...bagus pibg diorg

tu bagusnya pibg sekolah cina. sbb kebanyakannya pun kaya.
tak macam sekolah anak sy, berebut jadi ydp pibg tapi tak pandai cari duit.
buat kontroversi lagi ada
Quote lee_sakura 4-1-2023 09:53 AM
Login_ID replied at 4-1-2023 09:43 AM
tu bagusnya pibg sekolah cina. sbb kebanyakannya pun kaya.
tak macam sekolah anak sy, berebut jadi ...

iols setuju dgn pendapat ouls
Quote syamzana 4-1-2023 09:58 AM
Login_ID replied at 4-1-2023 09:43 AM
tu bagusnya pibg sekolah cina. sbb kebanyakannya pun kaya.
tak macam sekolah anak sy, berebut jadi ...

sek rendah anak iols dulu makpak anto anak2 naik vellfire bmw merc honda, sek minta yuran pibg rm50 satu fmly kot bising dari awal thn smpai ke tgh thn tak bayar2 lagi
kecoh dlm wa group tnya nape yuran pibg naik.

semoga cikgu ni dan rakan2 yg lain kehilangan tabah.
Quote venom1 4-1-2023 09:58 AM
Parent semua peniaga dan jutawan. no wonder RM800k sekejap je kutip. Moga PIBG sekolah anak2 kita macam ni.
Quote kucingitam 4-1-2023 10:00 AM
airmineral replied at 4-1-2023 09:08 AM
gituuuu rm800k terkumpul utk bagi pada mangsa

bnyk betul..pibg drg kuat.. kalau utk charity mmg x berkira..

Quote Cpkay 4-1-2023 10:13 AM
airmineral replied at 4-1-2023 09:08 AM
gituuuu rm800k terkumpul utk bagi pada mangsa

kalau sek keb tak dapat amount mcm ni.. habis habis pun puluh ribu je
Quote prince_marhaen 4-1-2023 10:17 AM
PIBG sekolah cina selamba je kumpul rm800k ye.... sekolah keb melayu sampai murid kena kutip duit tanda kat pamphlet gambar bunga raya sumbangan hari pahlawan gitu.. hahahaha..
Quote Thunderclouds 4-1-2023 10:25 AM
Pesal ramai bitter pasal 800k tu? Dok dlm gua ke apa seblom ni? Pibg sjkc mmg jauh betiang beza ngn pigb sek keb. Sedih kengkdg cikgu jadi pengemis mintak parents byr yuran pibg. Sendu smpi ujung tahun.
Quote sarahmirza 4-1-2023 10:39 AM
Login_ID replied at 4-1-2023 09:43 AM
tu bagusnya pibg sekolah cina. sbb kebanyakannya pun kaya.
tak macam sekolah anak sy, berebut jadi ...

Itu belum lagi nak sign surat buat mesyuarat pibg  je habis segala title nak letak..... Ts Dr (nama) msc itu ini... Depan nama ada blkg nama pun ada.... Risik2 dgn org company tpt kerja dia...

"ala dia keje gitu2 je pandai cakap je"... Haha
Quote tobobon 4-1-2023 10:43 AM
sat lg ada org komplen....kalau melayu entah2 kementerian x  hantar pun kaunselor
Quote Nnasda53 4-1-2023 10:46 AM
Login_ID replied at 4-1-2023 09:43 AM
tu bagusnya pibg sekolah cina. sbb kebanyakannya pun kaya.
tak macam sekolah anak sy, berebut jadi ...

Ini iols setuju.
Mmg bagus sampai 800k boleh kutip dana.

Quote Nnasda53 4-1-2023 10:48 AM
Thunderclouds replied at 4-1-2023 10:25 AM
Pesal ramai bitter pasal 800k tu? Dok dlm gua ke apa seblom ni? Pibg sjkc mmg jauh betiang beza ngn  ...

Kesian cikgu2 kena mengemis mntk yuran pibg.
Masa mesyuarat pibg bnyk parents tak nak datang.
Tapi mintak mcm2 fasility.
Bila suh bayar yuran pibg bising sampai masuk socmed.
Ni la bezanya ummah malay dgn si mata sepet.
Quote SiMontel 4-1-2023 10:53 AM
aku rasa sekolah cina ni, sejak dulu kot pibg/alumni mmg tak berkira bab yuran/sumbangan ni.
tak kisah la sekolah kat kampung atau pun bandar, boleh nampak perbezaannya dgn majority sekolah kebangsaan
if ada anak anak dari family yg susah,dorang akan bantu jugak

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.068620 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top