CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“I Pejam Mata Pun Boleh Rasa Hensem You, Kaya Nombor Dua”, Fatin Afeefa Dedah Pilih Suami Sebab Hensem Bukan Sebab Harta

4-1-2023 09:13 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 8499| Komen: 94



Baru saja berkahwin beberapa hari lepas, ada pula dakwaan tidak sedap didengar apabila suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mendedahkan, terdapat individu mendakwa isterinya itu telah memilih dia sebagai pasangan hidup adalah disebabkan dia memiliki kereta mahal dan berharta.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh suami Afeefa iaitu Aliff atau lebih mesra disapa Opai di laman TikToknya, dia telah meminta penjelasan daripada Fatin sendiri mengenai dakwaan itu.


"Jahanam betul la, ada sorang mamat ni. Dia cakap Fatin Afeefa ni kahwin ngan Opai sebab Opai ni naik kereta mahal je. Korang nak sangat kan. korang cabar Opai kan? Jom aku panggil bini aku, kita tanya bini aku" katanya.

 
Pun begitu, sebaik sahaja dia bertanyakan soalan tersebut kepada isterinya, Fatin menegaskan Opai bukan lelaki kaya yang pertama mendekatinya.

Sebaliknya, dia memilih suaminya itu disebabkan wajahnya yang kacak dan comel yang menjadi salah satu faktor daya tarikan pertamanya.

“Saya nak awak tahu satu benda, awak bukan lelaki kaya yang pertama yang mendekati saya. Tapi awak yang paling hensem. Jadi saya kahwin dengan awak sebab hensem, comel. 

“Saya pejam mata pun , saya boleh rasa kehenseman awak tu. Kaya nombor dua,” katanya lagi.

Susulan itu, Opai memaklumkan dia tidak kisah dengan respon netizen sebaik sahaja mendengar sendiri jawapan daripada Fatin sama ada mahu percaya atau tidak.

Ada-ada saja netizen menuduh Fatin kahwin sebab harta, sudah memang takdir dan jodohnya jumpa orang kaya kan. Rezeki dia lah tu.


Sekadar info, Fatin Afeefa dan usahawan Aliff Awang sah sebagai suami isteri pada 30 Disember 2022 dan pernikahan yang mengejutkan ramai itu selamat berlangsung di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.

Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun selepas itu. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosannazmia 4-1-2023 12:17 AM
Laaaa laki dia pon buat content? Dia ni influencer ke? Suka ati koranglah dik non .. asal korang bahagia
Quote gerbera.memopad 4-1-2023 12:26 AM
Okay, noted. NEXT!!!
Quote DianaSaksen 4-1-2023 12:54 AM
Baru kawin memanglah manis
Quote DeLuna85 4-1-2023 01:10 AM
Kan.. yang lepas tu dah la tak hensem kuat merempan pulak tu
Quote clarizsa 4-1-2023 01:24 AM
Hensem is penting
i agree so much
Mmg kenyang tengok muka laki hensem
Quote hangdenim 4-1-2023 01:34 AM
Sape buat skrip tu? Pecat dia.
Quote Nizleen86 4-1-2023 01:51 AM
Okay paham makan, minum, mekap ko semua boleh dibeli dengan hensem. Nextttt!!!
Quote anony-mous 4-1-2023 02:15 AM
clarizsa replied at 4-1-2023 01:24 AM
Hensem is penting
i agree so much
Mmg kenyang tengok muka laki hensem

I second u. Hence i paham kenapa jate ni pipa pilih. X ada la hensem mcm patah amin, hun haqeem, tp x ada la buruk mcm skandal kelly ng sheol. X ada la huduh mcm ali puteh tu. Tambah pulak kaya, tp kalau rupa gini naik motor, mgkin xkan dilayan
Quote putricitrasari 4-1-2023 02:29 AM
tetapla kaya tu ada dalam carta. Tak dinafikan, duit mmg penting dalam hidup, lagi2 zaman inflasi menggila. Rezeki deknon la dapat laki kaya.
Quote mabeles 4-1-2023 03:10 AM
rosannazmia replied at 4-1-2023 12:17 AM
Laaaa laki dia pon buat content? Dia ni influencer ke? Suka ati koranglah dik non .. asal korang bah ...

Tok laki dia forex trader uols. Tbh, memang kaya tapi mulut hansuang
Quote LadyCarefree 4-1-2023 04:08 AM
eeeeewwwww pompan shallow je pilih lelaki handsome no 1, kaya no 2.
Quote KirazMevsimi 4-1-2023 04:32 AM
untung laaa rezeki dapat pasangan berkepuk kepuk harta nya. semesti nya dipuji comel kacak terlebih dahulu hahahahaha

tapi macam boleh tahan jugak bahasa si dia tu
Quote bulalof 4-1-2023 07:13 AM
memang lemah budak2 zaman skrg. semua benda nak di record. ketagih masuk tv.
Quote fifie_olin 4-1-2023 07:40 AM
kaya ...ensem tu bonus
rezeki dia dpt laki bekepok
dah dpt laki comel tu pndai2 la jaga
rmi pmpn usha line

tp bgs la fatin ni dia x kecoh2 pon
tup2 dah menikah
congrats
Quote fifie_olin 4-1-2023 07:42 AM
clarizsa replied at 4-1-2023 01:24 AM
Hensem is penting
i agree so much
Mmg kenyang tengok muka laki hensem

kan
rasa puas jek
Quote honey_yayan 4-1-2023 07:45 AM
Siap cakap awak bukan lelaki kaya pertama yg dekati saya.korang hado?
Quote bemyself 4-1-2023 07:52 AM
pandai carik lakik....ok next!
Quote arffa 4-1-2023 07:52 AM
clarizsa replied at 4-1-2023 01:24 AM
Hensem is penting
i agree so much
Mmg kenyang tengok muka laki hensem

Ya betul, kalau kaya tapi buruk macam DDNK, Azizan Osman i is cannot. yang penting rupa, gigi bersih dan tidak boroi. kaya tu bonus tak kaya pun takpe janji ada tempat tinggal, makan dan pakai seadanya.
Quote arffa 4-1-2023 07:54 AM
bulalof replied at 4-1-2023 07:13 AM
memang lemah budak2 zaman skrg. semua benda nak di record. ketagih masuk tv.

dah trend nak buat macam mana, ikut je lah peredaran zaman. nak panggil TV3 interview lambert lagi.

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.036100 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top