Pelakon, Meerqeen berjaya menduduki tempat ke-55 dalam senarai 100 lelaki terkacak 2022 dari media antarabangsa, TC Candler. Kedudukan Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam diumumkan menerusi perkongsian di laman rasmi YouTube TC Candler baru-baru ini.
Sebelum ini Meerqeen menjadi calon tunggal dari Malaysia tercalon dalam senarai 100 lelaki terkacak 2022 TC Candler. Turut berada di kedudukan 50 adalah BTS Jin (57), Mingyu (52) dan Mizukami Koshi (50). Untuk info, TC Candler antara pihak yang akan membuat penilaian dan berkongsi senarai individu paling kacak dan jelita setiap tahun.
Penilaian biasanya berdasarkan populariti calon yang didominasi dan proses awal dilakukan di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Sebelum ini, anggota kumpulan BTS, V dinobatkan sebagai lelaki terkacak dunia pada tahun 2017 manakala anggota termudanya, Jungkook memegang gelaran itu pada tahun 2019. Bagaimanapun pada tahun 2020 pula, YouTuber dari Sweeden, Felix Kjellberg memegang takhta berkenaan diikuti dengan model dan pelakon Myanmar, Phaing Takhon pada tahun 2021. Senarai tahunan 100 Wajah Paling Tampan itu dimulakan TC Candler sejak 1990 bersama The Independent Critics. Penganjurannya juga diiktiraf antara yang paling berprestij dan diperakui di seluruh dunia. Sumber: Gempak
|
gerbera.memopad replied at 3-1-2023 10:35 PM
Undian kan? So okay la. Yang nombor 1 tu memang handsome pun.
Tapi mungkin aku menuju kekertuan :lo ...
Afifi82 replied at 3-1-2023 11:43 PM
Kann. Beckham dah tua pon masih helok. Paling byk muka Kpop. Celah mana depa nampak handsome tu.. ...
gerbera.memopad replied at 3-1-2023 11:35 PM
Undian kan? So okay la. Yang nombor 1 tu memang handsome pun.
Tapi mungkin aku menuju kekertuan :lo ...
AcikBuncit replied at 4-1-2023 02:21 AM
Yg kpop ni mcm xlyk msuk sbb nmpk trlalu plastik n kewanitaan haha tp yele selera org lain2 kan.. Na ...
Afifi82: Kann. Beckham dah tua pon masih helok. Paling byk muka Kpop. Celah mana depa nampak handsome tu.. Nampak berlawan cantik dgn pompuan je kadang2.
ADVERTISEMENT