Pempengaruh media sosial yang juga anak aktor Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona meminta orang ramai untuk tidak membangkitkan atau mengaitkan dirinya dengan bekas kekasih. Leona berpendapat orang ramai tidak berhak untuk mengetahui butir lanjut dan punca perpisahannya.
"Sudah lama rasanya saya tidak bercakap panjang di video ini dan banyak perkara yang berubah dalam tempoh itu. Ramai yang bertanya mengenai saya dan bekas teman lelaki. "Kami tidak lagi berkomunikasi kerana kami bukan kawan. Jadi, saya berharap anda tidak terus mengaitkan saya dengan si dia lagi. "Dan ada yang berpendapat mereka berhak untuk tahu apa yang berlaku. Namun, saya rasa tidak perlu. Apa yang boleh saya katakan adalah kami tidak berada dalam keadaan baik, jadi biarlah begitu. "Tidak dinafikan saya pulang bagi mendapatkan pengakhiran namun kadang kala tidak semuanya memerlukan penutup bagi mengakhiri sesebuah cerita," katanya.
Leona yang kini menyambung pelajaran di luar negara pulang ke Malaysia untuk bercuti. Terdahulu, Leona turut memuat naik video membeli telefon bimbit keluaran terbaru sebagai langkah untuk melupakan bekas kekasihnya sekali gus memulakan hidup sempena tahun baru. "Saya tidak berjaya untuk melakukan imbasan sepanjang tahun 2022 kerana hampir kesemuanya membabitkan seorang individu. Jadi saya memilih untuk tidak mengikuti trend itu. "Bukan itu saja, apabila terlihat telefon ini juga mengingatkan saya kepada dia. Jadi, saya mengambil pendekatan untuk beli telefon baru tanpa 'transfer' sebarang gambar atau nombor ke telefon ini. "Jadi kepada anda yang mempunyai nombor saya, bolehlah menghantar mesej atau telefon saya," kata Leona. Sumber: Harian Metro
|
kalchi replied at 3-1-2023 11:53 PM
Mslhnya awk tu yg sentiasa ckp psl ryan bakery tu lagi. Kalau awk stop cte psl bf bf bf takdala org ...
lyshafull replied at 4-1-2023 12:06 AM
Ade ke uols dia ckp pasal ex dia
nmpk dia rebel lepas putus senanye
lyshafull replied at 4-1-2023 12:06 AM
Ade ke uols dia ckp pasal ex dia
nmpk dia rebel lepas putus senanye
ADVERTISEMENT