CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Putera Harry Mahu Bapa Dan Abangnya Semula

3-1-2023 10:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2856| Komen: 19

"Saya mahu ayah dan abang saya semula".

Demikian luahan Putera Harry menerusi bingkisan wawancara beliau bersama ITV1 sempena dengan memoir beliau yang bakal ditayangkan pada 10 Januari depan.



AP

Dalam wawancara bersama pengacara terkenal Tom Bradby, Duke Of Sussex itu memberitahu, ahli keluarga pemegang takhta United Kingdom (UK) itu tidak menunjukkan sebarang kesediaan untuk berdamai dengannya.

Tanpa menamakan mana-mana individu, beliau juga merasakan dirinya bersama isteri seperti dikhianati selama ini.

Istana Buckingham bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas terhadap wawancara Putera Harry itu.


Wawancara itu bakal itu bakal disiarkan di CBS dan ITV pada 8 Januari, dua hari sebelum memoir khasnya, Spare ditayangkan.

Dalam pendedahan terbaharu itu juga, Harry mendakwa kerabat diraja Britain turut mereka-reka cerita berkaitan beliau dan isterinya.

Antara lain dakwanya, adalah kerana mereka mempunyai kuasa penuh terhadap kenyataan serta penulisan yang disiarkan di media.

'Wartawan menerima maklumat dan meneruskan penulisan, di penghujungnya mereka mengatakan mereka telah mendapatkan kenyataan daripada Istana Buckingham.

"Hakikatnya, keseluruhan penulisan itu adalah daripada Istana Buckingham.

"Jadi selama ini, kami (Harry dan isteri) diberitahu pihak istana tidak boleh mengeluarkan kenyataan untuk melindungi kami, tetapi mereka bertindak sedemikian buat ahli keluarga lain.

"Jadi sampai satu tahap, ini adalah merupakan satu pengkhianatan," katanya.

Beliau dalam masa sama tidak berharap untuk mempunyai peluang kembali dalam institusi diraja itu.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak-Rohana 3-1-2023 10:58 PM
Nyampah lah.. asyik2 recycle ..diskrimasi ada di mana2 dek. Move on la dek….esok2 ko pulak org jumpa bersepai kepala dlm terowong pulak kang!
Quote beatgirlX 3-1-2023 11:04 PM
Dia tu kena control Meghan..bukan the other way around
Quote haifawehbe 4-1-2023 02:07 AM
kesian jugak dgn harry ni.. mcm bercelaru otak nk buat decision.. terkonkong dgn istana & binik sendiri..
Quote Whatsofunnyth 4-1-2023 02:14 AM
Edited by Whatsofunnyth at 4-1-2023 02:19 AM

A man never has good luck who has a bad wife - Henry W Beecher
Quote ellejo 4-1-2023 04:22 AM
woe is meeeeeee
Quote ayukpingu 4-1-2023 08:17 AM
family yang dengan kau berpuluh tahun vs bini less than 5 years.

kutuk dan buka aib family sendiri demi duit. boleh mampus dengan rancangan neflix kau tu.
Quote becir 4-1-2023 08:27 AM
Harry ni mewarisi otak maknya la kot tak berapa geliga. Orang lain jadi dia belajar setinggi yg boleh dah...yg dia tau berparti pakai kostum Nazi dah tua salah pilih bini pulak..
Quote Cpkay 4-1-2023 10:08 AM
pasti dia menyesal dah tu dapat bini queen control
Quote mojarean_X 4-1-2023 10:33 AM
Ceraikan bini ko. Itu syarat pertama. Slps tu baru bole berunding utk berdamai
Quote Travelo 4-1-2023 10:36 AM
teruk ke gaduh sampai tak mengaku famili ni harry


Quote kucingitam 4-1-2023 10:43 AM
kesian juga kat dia..dia pun layak mencintai dan dicintai..rbf pun..terima je lah menantu tu gituh..
Quote namieamuro 4-1-2023 10:49 AM
becir replied at 4-1-2023 08:27 AM
Harry ni mewarisi otak maknya la kot tak berapa geliga. Orang lain jadi dia belajar setinggi yg bole ...

mendiang mak die mmg penah ckp pn die risau kt harry ni sbb tak sepandai abg die dlm bab akademik. jenis tak bole focus. terbukti benar bile bekas cikgu harry ckp die ni lemah. org dh tlg meniru pn mcm gitu jugak.
Quote namieamuro 4-1-2023 10:50 AM
ayukpingu replied at 4-1-2023 08:17 AM
family yang dengan kau berpuluh tahun vs bini less than 5 years.

kutuk dan buka aib family sendiri  ...

netflix series tu flop kan
Quote prettyuglybabe 4-1-2023 10:55 AM
demi duit ke?

Quote EraPajura 4-1-2023 10:56 AM
becir replied at 4-1-2023 08:27 AM
Harry ni mewarisi otak maknya la kot tak berapa geliga. Orang lain jadi dia belajar setinggi yg bole ...

Dh la belajar out pastu masa bujang kuat berfoya2..mentang2 duit banyak
Quote rbmy 4-1-2023 11:50 AM
meghan tu play victim
Quote _blackbird 4-1-2023 05:31 PM
ex gf harry ni pernah ckp kan ery ni mcm paranoid and ada sikit delusional. masa dating / mating, dia selalu rasa ada org intip dia walaupon kat rumah, kalau tantrum pon mcm budak2.

mak heshe pon mcm ni juga paranoid and deluded di akhir2 sisa hayat, pastu mati lak tak lama. mau tak trauma member, mesti la mak heshe ada ckp2 pasal org intip / konspirasi bunuh
Quote Sazreena 5-1-2023 07:10 PM
Akibat salah pilih bini..sampai bila je ko leh hepi ngan family kecik ko tu kalau big family pulaukan ko. Dah biasa hidup senang, sekali kena keja..perah otak cari duit. Reta warisan mak ko pun leh susut kalau asik ditarah.
Quote straycat 5-1-2023 07:15 PM
Aku konfius. Bukan ke Harry yang tegar membuang family dia?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.107613 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top