CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lori Mabuk Lawan Arus Langgar 2 Kereta

3-1-2023 10:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 851| Komen: 3

Tindakan seorang pemandu lori pengangkut pasir membawa kenderaan berat secara melawan arus mengundang padah apabila melanggar dua kereta dalam kejadian di Kilometer 5.5 Lebuh Raya Linkedua berhampiran susur keluar ke Pelabuhan Tanjung Pelepas di sini hari ini.


Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, pemandu yang berusia 41 tahun itu disyaki memandu lori berkenaan dalam keadaan mabuk.


IG Kosmo

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung sebuah video yang tular sebelum sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kemalangan.

“Siasatan awal mendapati lori yang dipandu seorang lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol dikatakan dalam perjalanan dari arah Kulai menuju ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.


“Apabila sampai kawasan rehat dan rawat (R&R) Gelang Patah menghala ke selatan, pemandu berkenaan telah terlepas susur keluar untuk ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

“Lelaki itu bertindak memandu secara melawan arus untuk memasuki susur berkenaan bertembung dengan dua buah kenderaan lain iaitu sebuah kereta jenis Mercedes Benz dan Nissan Almera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


IG Kosmo

Rahmat berkata, akibat perlanggaran itu pemandu kereta Mercedes Benz dipercayai warga Singapura mengalami kecederaan pada leher dan kaki.

Katanya, mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut.

Ujarnya, suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 4-1-2023 10:53 AM
awal dah mabuk..
nasib baik yang mula kena merc..
tahan la sikit..
kalau almera yang depan, mau barai..
Quote venom1 4-1-2023 11:00 AM
dey!! baru pukul berapa sudah mabuk ka?
Quote mejaputih 4-1-2023 11:52 AM
laju jugak tu dia bawak...mohon pemandu spore saman company lori tu...masa ni la nk tunjuk kekiasuan anda...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.128035 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top