Pasangan selebriti Johan dan Ozlynn menjadi perhatian warganet apabila memilih untuk meluangkan masa bersama keluarga pada malam tahun baharu, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Johan memberi tazkirah kepada keluarganya disusuli dengan makan-makan bersama. Tambah Ozlynn lagi, mereka juga turut meluangkan aktiviti bersama seperti masak bersama dan pergi membeli belah. “Lepas habis urusan akhirat kami teruskan kehidupan duniawi pulak.. kita makan-makan… buat Bbq..habis melantak kaum adam ajak abah pegi main snooker..nasib boleh bangun subuh. Kalau tak memang last la korang pergi tempat tu.
“So esoknya kami kaum hawa main masak-masak pulak. Alhamdulillah atas rezeki yang ada.. berkongsi sorang sikit.. shopping jalan-jalan menghabiskan tahun 2022 untuk tahun 2023.. moga tahun 2023 menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua aamin,” harap Ozlynn. Sumber: Xtra
|
edoraixora replied at 3-1-2023 10:45 PM
Seperti biasa, caption mintak puji & likes...bab kata lofa tu
ADVERTISEMENT