CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Halang Operasi Judi Bukti Undi Pas Beroleh Pahala

3-1-2023 09:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 475| Komen: 2


Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed mendakwa tindakan kerajaan negeri Kedah tidak membenarkan pusat perjudian beroperasi pasti melegakan mereka yang mengundi parti berkenaan.


“Ini juga suatu bukti undi Pas beroleh pahala. Tahniah dan rakyat Kedah saya seru agar sekali lagi menghijaukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dalam pilihan raya negeri (PRN) nanti, juga secara total,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Gambar hiasan

Kelmarin, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri Kedah menamatkan sepenuhnya semua operasi premis perjudian dan loteri berkuat kuasa 1 Januari 2023.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Hafez Sabri berkata, apabila judi yang menjadi salah satu ‘penyakit kehidupan’ dalam masyarakat dibanteras, banyak individu dan keluarga dapat diselamatkan.


Malah menurut beliau, keberkatan dan rahmat Allah akan dinikmati oleh semua pihak.

“Sudah tentu keputusan tersebut melegakan semua pihak apabila kerajaan Pas-Perikatan Nasional (PN) mengotakan janji mengambil tindakan tersebut bagi mengelak mudarat lebih besar dalam kalangan masyarakat selain mencapai sasaran sifar judi dengan menamatkan sepenuhnya bermula tahun baharu 2023.

“Kekalkan Kerajaan Pas-PN untuk terus memerintah Kedah dalam PRN nanti,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi.

Hafez menambah, Dewan Pemuda Pas Perak turut menyatakan sokongan terhadap ucapan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam sidang DUN Perak pada 22 Disember lalu untuk menghapuskan judi di muka bumi ini.

“Insya-Allah, Perak mesti mengambil langkah yang sama dan segera ke arah sifar judi di negeri ini,” katanya.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 4-1-2023 08:41 AM
Yala yala..kira² dosa pahala auloh dh subcon kt paspispus. Takbirrr
Quote cikatilia 4-1-2023 09:56 AM
ada pahala calculator yach depa

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.089361 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top