CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Dakwaan Melampau Bagi Keupayaan Kenderaan, Tesla Bakal Didenda Korea Selatan

3-1-2023 09:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 529| Komen: 1

Penggubal undang-undang antipersaingan Korea Selatan mahu mengenakan denda bernilai 2.85 bilion Won (RM9.66 juta) ke atas Tesla kerana syarikat itu gagal memberitahu pelanggannya mengenai jarak pemanduan terhad bagi kenderaan elektrik (EV) itu dalam suhu rendah.


Reuters melaporkan, Suruhanjaya Perdagangan Korea (KFTC) berkata, Tesla sengaja membuat dakwaan melampau mengenai keupayaan kenderaannya mencapai jarak perjalanan bagi setiap pengecasan penuh.

Tesla juga dikatakan tidak memperinci maklumat keberkesanan kos tenaga bahan bakar berbanding kenderaan menggunakan gasolin, serta ketahanan supercharger mereka di laman web rasmi syarikat itu sejak Ogos 2019.



Jarak pemanduan kereta Tesla itu berkurangan dengan banyak dalam suhu sejuk, iaitu sehingga 50.5 peratus berbanding yang mereka iklankan dalam talian, ujar kenyataan KFTC.


Tesla tidak dapat dihubungi untuk sebarang komen.

Di laman web, Tesla menyertakan tips pemanduan sewaktu musim sejuk, seperti menyiapkan kenderaan dengan sumber kuasa luaran, dan menggunakan aplikasi Energy untuk memantau penggunaan tenaga.

Namun, ia tidak menyentuh mengenai kehilangan jarak pemanduan dalam suhu menghampiri paras beku.

Pada 2021, kumpulan suara konsumer Korea Selatan, Citizens United for Consumer Sovereignty, berkata jarak perjalanan bagi kebanyakan kenderaan elektrik merosot sehingga 40 peratus dalam suhu sejuk kerana bateri tidak dapat dihangatkan.

Kereta Tesla juga tidak terkecuali, malah yang paling teruk prestasinya, menurut data dari Kementerian Alam Sekitar negara itu.

Tahun lalu, KFTC mendenda pengeluar kereta Jerman, Mercedes-Benz dan pejabat operasinya di Korea, sebanyak 20.2 bilion Won (RM69.8 juta) kerasa pengiklanan palsu berkaitan kadar pelepasan gas bagi kenderaan diesel syarikat itu. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 3-1-2023 10:48 PM
Kah3!
Byk tu 50% kurangnya
So ramai la stranded kot
Dah la nak cas batt pun lama

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.278291 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top