CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 10 Tahun Cari Besi Buruk Di Malam Tahun Baharu Jatuh Dalam Lubang Sedalam 35 Meter

3-1-2023 08:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 974| Komen: 3

Pasukan penyelamat Vietnam giat mengeluarkan kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang terperangkap di dalam lubang di sebuah tapak pembinaan di Dong Thap.

Media tempatan melaporkan, mangsa, Ly Hao Nam sedang mencari besi buruk apabila dia terjatuh ke dalam longgokan konkrit di wilayah selatan Dong Thap pada malam Tahun Baharu.


Kerja-kerja menyelamat sedang giat dijalankan. foto https://tuoitrenews.vn

Pasukan penyelamat mengepam oksigen ke dalam tiang sokongan sedalam 35 meter untuk membantunya bernafas.

Suara kanak-kanak itu didengari menangis meminta tolong dua hari lalu, tetapi tidak memberi sebarang respons apabila kamera diturunkan ke dalam lubang pada semalam.


Ibu bapa budak lelaki itu setia menanti dengan cemas ketika pasukan penyelamat cuba menyelamatkan anak mereka.

Beberapa usaha dilakukan termasuk cuba mengangkat cerucuk dengan kren dan jengkaut, tetapi tidak berjaya. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 3-1-2023 09:22 PM
Elok jer budak tu masuk kutip barang dalam tapak pembinaan.
Quote primarikey 3-1-2023 10:59 PM
Alahai kesiannya...kecik2 dh pandai keje cari duit sendiri
Quote KamikuP 4-1-2023 03:28 PM
Hidop lagi ke tak budak tu? Meolls kesian juga

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.154915 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top