CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Izzue Islam Enggan Tanggung Risiko Ambil Anak Angkat - 'Anak Bukan Punca Bahagia'

3-1-2023 08:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4581| Komen: 60

Izzue Islam kini lali dengan soalan tentang anak selepas hampir sembilan tahun melayari bahtera rumah tangga.

Melewati usia 32 tahun, jujur kata Izzue, dia tidak pernah terasa hati selagi pertanyaan tersebut bukan berbentuk sindiran.


“Ketika awal perkahwinan, saya memang rimas kalau orang asyik bertanya mengenai anak. Saya respons mengikut intonasi pertanyaan, apakah mereka betul-betul bertanya atau mahu menyindir.


IG Izzue

“Daripada marah, lebih baik saya beredar. Kalau sekadar bersembang, saya jawab sahaja. Tiada masalah kerana saya dan isteri akur, belum rezeki untuk menimang cahaya mata,” katanya.

Ditanya sama ada pernah membuat pertimbangan untuk mengambil anak angkat, pelakon asal Kota Bharu, Kelantan ini mengakui, pernah memikirkan perkara tersebut.


Namun, dia enggan menanggung risiko kerana bimbang tidak mampu melunaskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik.

Atas alasan itu, Izzue dan isteri, Awin Nurin terpaksa menangguhkan dahulu hasrat tersebut.

“Saya pernah berbincang dengan Awin mengenai perkara ini. Namun, apabila difikirkan balik, saya jadi risau sebab takut anak terabai dan tidak mampu memberi kasih sayang sepenuhnya.

“Jadual kerja saya pula tidak menentu dan bimbang kalau dibawa ke hulu dan ke hilir, nanti jatuh sakit dan akan membebankan banyak pihak,” kongsinya.

Izzue beruntung kerana memiliki ahli keluarga yang begitu memahami karier dan kehidupan peribadinya.

Katanya, baik keluarga sendiri mahupun mentua, mereka tidak pernah membangkitkan soal anak.


IG Izzue

Mereka katanya, sentiasa memahami dan tidak mendesak untuk segera memiliki cahaya mata.

“Ahli keluarga tidak pernah bertanya tentang pengambilan anak angkat. Lagipun, saya ada anak saudara yang ramai, jadi mereka tidak pernah bertanya perkara itu dan faham situasi kami,” jelasnya.

Secara jujur, kata Izzue, dia tidak sempat kesunyian, apatah lagi rutin hariannya sentiasa dipenuhi dengan komitmen kerja.

“Kalau orang cakap, anak adalah punca bahagia, kami pula mempunyai pendapat sendiri. Kebahagiaan itu boleh kita cipta, meskipun tanpa kehadiran cahaya mata.

“Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Cuma, sudah tentu ia akan menjadi lebih bermakna apabila dikurniakan anak.

“Ada juga yang memiliki ramai anak tetapi kehidupan porak-peranda, ditambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat,” jelasnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 3-1-2023 08:25 PM
Betul, anak bkn punca bahagia.
Tapi statement ko yg tak sudah2 busy kesana ke sini, ni nak tanya, sejak bila nama kau dah ditukar ke Chris Evans, atau Ryan Reynolds, atau The Rock?
Yelah, busy manjang katanya. Movie blockbuster back to back rasanya.
Quote epal21 3-1-2023 11:01 PM
Tak faham statement dia ni. Tak nak amik anak angkat sebab takut terabai. Habis tu kalau ada rezeki dapat anak kandung, sama je kan sibuknya nanti?
Quote AcikBuncit 3-1-2023 11:31 PM
Xnk ambk ank angkat takut terabai, kalau sakit sushkn bnyk pihak... helloooo??!! Kalau anak sndiri pn sama je kesibukan ko. Ko nk anggap anak tu beban ke.. Kalo cmtula mindset ko.. Smp sudhla allah xbg rzeki mnjaga amanah anak pd ko.. Anak kecik bkn bebanan. Mmg bila ada anak, jdual hidup akan lain. Tp allah akan adjust ikut kemampuan kita. Jgn takut komitmen jaga anak.. Apatah lg ko jns brduit.. Bkn org susah..
Quote scrocth 3-1-2023 11:37 PM
Sbnrnya heshe ni ready nk ada anak ke x? Kalau xready nk amik anak angkat sbb tkt xleh nk sayang mcm anak sendiri make sense lah jgk. Ni kalau ckp xdpt bagi masa sbb terlampau sibuk? Kejadahnya nak ada anak sendiri jgk?
Quote Fly_over 4-1-2023 12:04 AM
tah2 deyols ni mmg berkonsepkan childfree. or dah selesa takde anak. anak buah pn ramai. dia x stress smpi cr bini baru kire ok la good for them.
Quote faraway1 4-1-2023 02:28 AM
Mungkin anak angkat, rasa tak sama kot untuk dia, so dia takkan stop kerja itu ini..

Jika darah daging sendiri, mungkin dia sanggup buat paling Best..

So betullah tu apa dia fikir, sebab tu tak mau ambil anak orang bela.....
Quote Shahman86 4-1-2023 06:12 AM
Sekali nak coverina aje mcm nazim tu..kahwin pon sekadar buat syarat ajela.
Quote miznora 4-1-2023 07:03 AM
Biarlah dia tentukan hidup dia. Kemain menyibuk orang kita ni asyik2 tanya pasal anak
Quote fifie_olin 4-1-2023 07:06 AM
susah hati betol ye netizen ni izue lom ada anak
Quote krustykrab 4-1-2023 07:18 AM
Alahai acik² forum pun melahar. Dah korg sibuk sgt duk jaga tepi kain dia, dia bg je la alasan sibuk tu. Acik² forum ingat beranak ni mcm mcm kacang, petik jari, poffff kuar baby seketul bodo la.
Mmg betul pun ckp dia, ambik anak angkat ni bukan benda yg mudah. Byk benda kna fikir sblm commit. Dia tak nak, so tak yah nk memaksa. Hidup dia laki bini, acik forum yg sibuk
Quote nurul_akmar 4-1-2023 07:56 AM
korg pon.. compare anak angkat ngan anak sendiri pulak.. izzue tu tengah cakap berlapik2.. betulla dia cakap tu.. dia mebi xleh nk sayang anak angkat mcm anak sendiri. ada je org mcm ni. malah ramai je org mcm ni.. kalau takat ala kuci2 ngan anak jiran or anak kawan yg x sampai sejam, pastu dh anggap diri sendiri penyayang or suka budak2, salah ye.. kalau nk tau suka budak ke x, cuma amek baby anak2 buah ke, jaga seminggu. tgk boleh tahan ke x..
Quote TomyamPuteh 4-1-2023 07:57 AM
Acik2 forum berair dkt izzue sbnrnya. Tak pasal2 bini dia plak yg kena kutuk.
Quote watymuchaz 4-1-2023 08:01 AM
Kalau kahwin wajib ada anak ke? Entah2 mmg pilihan dia untuk x ada anak dulu buat masa sekarang. Ye lah keje pon Sama2 kan laki bini ni.. Kang nnt ada anak ssh plak kena bagi komitmem. Biarlah dia bahagia dengan cara dia
Quote imanamsyar 4-1-2023 08:16 AM
faraway1: Mungkin anak angkat, rasa tak sama kot untuk dia, so dia takkan stop kerja itu ini..Jika darah daging sendiri, mungkin dia sanggup buat paling Best..S ...


saya setuju yang harip..anak angkat walaupun anak sedara xkan sama dengan anak sendiri..so, pendapat dia tu xsalah..itu personal opinion dia..kita sape nak paksa2 dia amik anak angkat.. biarla.. lagi satu masyarakat ni, jadi pelik pulak bila kawin xde anak..macam menidakkan kuasa tuhan..anak tu bukan buleh beli kat kedai eco mahupun sogo..kalau tuhan nak kasik, Dia kasik..kalau tuhan xkasik, InsyaAllah dia lebihkan rezeki kat lain..
Quote Suchi 4-1-2023 08:28 AM
nurul_akmar replied at 4-1-2023 07:56 AM
korg pon.. compare anak angkat ngan anak sendiri pulak.. izzue tu tengah cakap berlapik2.. betulla d ...

Haa kan,tak semua org boleh sayang anak org lain.
Ada yg cuma mampu sayang anak sendiri jer

Tp biasanya anak angkat ni insyaAllah kita boleh syg sbb kita yg nakkan dia yg pilih dan cari dia

Lainlaa anak tiri biasanya mmg susah skit kita nak sayang sbb dia mcm free gift yg bkn kita nak sgt.Kita mmg nak barang tu tp hanya jual set combo je kalau beli dapat extra free gift tu sekali.

Tak semua org beli brg disebabkan free gift hanya pedo je beli barang tu semata sbb dia nakkan free gift tu.
Pedo mmg target set combo nihhh
Quote zuliana29 4-1-2023 08:56 AM
i feel u..semoga direzekikan zuriat buat kami2 yang masih menanti..



Quote Login_ID 4-1-2023 09:11 AM
zuliana29 replied at 4-1-2023 08:56 AM
i feel u..semoga direzekikan zuriat buat kami2 yang masih menanti..

Aaamin.
anak buah I ada sorang yg lepas 10 tahun kahwin, baru dapat anak.
syukur sangat. satu family excited utk diorang
Quote sangbara2020 4-1-2023 09:16 AM
lelaki nih susah sikit bab baby....kan uolls?
Quote JalaEmas 4-1-2023 09:17 AM
Lantak pi kt dialah,nak childfree ke..nak ank berderet ke..nak ank angkat anak apa ponnn..kalut aih..pilihan masing2, jnji takdak nyusah kt sapa2

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.070555 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top