CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pulangkan Barang Peribadi Isteri Saya - Suami Korban Tanah Runtuh Batang Kali

3-1-2023 07:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4666| Komen: 46

Pelbagai barangan ditinggalkan dalam kereta mangsa tanah runtuh di Batang Kali, dicuri.

Sinchew Daily melaporkan, alat-alat dalam kereta termasuk bateri yang ditinggalkan mangsa tanah runtuh ditanggalkan, malahan kad Touch N Go milik seorang mangsa didapati digunakan di sebuah lebuh raya pada 31 Disember.



Antara barangan milik mangsa-mangsa yang ditemui di kawasan perkhemahan dekat Father's Organic Farm Batang Kali, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 18 DISEMBER 2022.

Susulan itu, David Ling iaitu suami kepada Liu Pei Si, salah seorang mangsa yang meninggal dunia, meminta pencuri memulangkan barangan peribadi isterinya.

David berkata, kereta isterinya dihantar ke balai polis, tetapi barang-barang isterinya termasuk kad Touch N Go dan dompet telah hilang.


“Anak kecil saya ingin menyimpan telefon ibunya sebagai kenangan kerana di dalam terdapat banyak gambar.

“Saya meminta pencuri untuk memulangkan dompet dan barangan peribadi isteri saya supaya anak saya boleh menyimpannya sebagai satu kenangan,” katanya.

Menurutnya, sistem audio, bateri dan banyak kelengkapan dalam kereta isterinya juga telah hilang.

David juga telah pergi ke bank untuk membatalkan kad bank isterinya supaya ia tidak disalah guna. – MalaysiaGazette


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nham22 3-1-2023 08:06 PM
Terok betol laaa... Mane ehsan.. Tak takut ke hantu bergentayangan kacauuu...
Quote Carcosa 3-1-2023 08:14 PM
The lowest level pada pencuri adalah pencuri yg mencuri brg2 org yg dia tau, dah mati.
Mcm org yg mencuri dkt tmpt accident.
Semoga kau dan anak2 kau, kena ketulahan.
Meols ckp sekali anak2 dia, sbb dia akan merasa bersalah bila tgk anak2 dia merana kerana perlakuan dia yg mcm takde akal
Quote batmana 3-1-2023 08:24 PM
cm tmpt aku, eksiden nurse kete meninggal. barang kemas hilang padahal dia maut pun ada pencuri sanggup curi dari arwah di tmpt kjadian..

mmg patut dihududkan je spesis cmni...
Quote lo_la 3-1-2023 08:25 PM
Such a disgust! Mencuri dari orang yg dah mati, some more from a tragedy like this
Quote CiliPadiSedap 3-1-2023 09:07 PM
cctv ada mohon buat tangkapan. sebab orang yg boleh mencuri hanya orang berada di tempat kejadian sahaja.
Quote syamzana 3-1-2023 09:13 PM
sama mcm arwah ayah iols excident dulu. arwah dah pengsan pun sggup mencuri wallet. dah sampai hospital susah pihak hosp nak call waris, sekerat hari arwah dok kat spital baru kami tau.yg mak iols jenuh call pelik nape la tak balik2 lagi dari solat subuh dah nak masuk zohot pencuri dok reject call semedang.
mujur ada misi kenal ayah iols, baru la tau excident, koma. celaka betul pencuri ni.
Quote naisyahmh 3-1-2023 09:17 PM
Insaflah wahai ummah.. Ingatlah mati..
Quote noor2 3-1-2023 09:30 PM
Sehina2 level makhluk....
Quote eyansss 3-1-2023 09:37 PM
batmana replied at 3-1-2023 08:24 PM
cm tmpt aku, eksiden nurse kete meninggal. barang kemas hilang padahal dia maut pun ada pencuri sang ...

hudud terlalu lembut untuk pencuri keji jenis ni...
Quote anony-mous 3-1-2023 09:39 PM
Bila suruh laksanakan hudud ckp kejam la taliban la. Bila terkena btg hidung baru tau kejam x kejam org yg mencuri n
Quote dudaberhias 3-1-2023 09:39 PM
hinanya sampai barang orang mati pun kau sanggup curi...
jenis takde hati perut jadi orang macamni lagi layak mati dari si mati...
Quote she 3-1-2023 09:50 PM
batmana replied at 3-1-2023 08:24 PM
cm tmpt aku, eksiden nurse kete meninggal. barang kemas hilang padahal dia maut pun ada pencuri sang ...

Geram tau macik membaca

“Eksiden nurse kete meninggal”

Bila last ekau kena libas dek ekor catwoman ha
Quote becir 3-1-2023 09:59 PM
Polis jugak ke...orang luar sempat ke nak mencurik ?
Quote matamata 3-1-2023 09:59 PM
Benda ni dah lama aku dengar...yg byk jadi kat eksiden mautla....hati kering betul...langsung takda empati...relaks je ambik harta benda mangsa...alasan dia diaorg dah mati mana perlukan benda2 tu lagi dah...
Mmg aku doakan golongan2 mcm ni kena laknat dunia akhirat
Quote kucingitam 4-1-2023 03:46 PM
member aku, adik dia eksiden, hp adik dia kena curi tapi pencuri tu baik hati juga, call member iols, bagitau adik dia eksiden, tolong dtg sini tengok sendiri keadaan, katanya.
Quote sambal.tumis 4-1-2023 03:49 PM
haihhh tak takut dosa ke hurmmmmm
Quote SWORKS27 4-1-2023 03:52 PM
boleh jadi kaya ke wahai pencuri2 oiiii...jilake
Quote mizruncing 4-1-2023 03:57 PM
alahai kesiannyaa mentaliti mcm ni. asal ada kemalangan, kecelakaan mesti jadi bnda mcm ni. takde common sense laaa
Quote stingerbumpy 4-1-2023 04:01 PM
CiliPadiSedap replied at 3-1-2023 09:07 PM
cctv ada mohon buat tangkapan. sebab orang yg boleh mencuri hanya orang berada di tempat kejadian sa ...

You mean.... selain mayat yg being retrieved oleh pihak search rescue team...takda sebarang barang barang yg dijumpai yg dikumpulkheun utk dapat diclaim oleh pihak waris?

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.141885 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top