CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wartawan Pakistan Yang Hilang Dah Dihantar Pulang - KDN

3-1-2023 07:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 987| Komen: 4

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan bahawa wartawan warga Pakistan yang hilang sebelum ini, Syed Fawad Ali Shah telah dihantar pulang ke Pakistan pada Ogos tahun lalu.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan perkara ini dalam sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke Jabatan Penjara Malaysia, hari ini.


Saifuddin Nasution bersalaman dengan pegawai dan anggota Jabatan Penjara Malaysia ketika mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Penjara MalaysiaMUHAMAD - Foto IQBAL ROSLI

Beliau berkata, kerajaan Malaysia menerima permohonan rasmi daripada Kedutaan Pakistan bagi mengesan serta menghantar pulang Syed Fawad pada Ogos.

“Permohonan kerajaan Pakistan terhadap kerajaan ketika itu, bukan kerajaan sekarang (Kerajaan Perpaduan), ini dibuat lebih awal pada Ogos, jadi itu faktanya.


“Bertindak atas permintaan yang dibuat melalui saluran diplomatik itu, kerajaan pada ketika itu berjaya mengesan Syed Fawad pada minggu ketiga bulan Ogos.

“Wartawan berkenaan sudah dihantar pulang ke Islamabad. Saya boleh mengesahkan perkara ini berdasarkan rekod rasmi serta tindakan yang kita buat, bersesuaian dengan permintaan oleh Kerajaan Pakistan terhadap beliau,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, kerajaan Pakistan memperkenalkan Syed Fawad sebagai bekas anggota polis yang mempunyai beberapa kes disiplin.

“Sumber ini diperoleh dari kerajaan Pakistan sendiri. Bagaimanapun, beliau mempunyai keupayaan menulis yang baik dalam bentuk penulisan yang menegur atau mengkritik sehingga digambarkan sebagai seorang wartawan.

“Kalau ikut kenyataan rasmi kerajaannya, beliau pernah menjadi anggota polis di Pakistan,” jelasnya.

Terdahulu, isteri wartawan berkenaan merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk campur tangan dalam mencari suaminya yang hilang di Malaysia sejak 23 Ogos lalu dan mendapati pelbagai perkara yang mencurigakan berkaitan penghantaran pulang suaminya ke negara asal. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 3-1-2023 09:09 PM
Baguslah hantar balik.
Jangan menyemak kat sini.


Quote TabletSusu 3-1-2023 09:15 PM
dah hantar blk pakistan.. tp x smp rumah. isteri dia kat pakistan ke kat malaysia?
Quote intan244 4-1-2023 12:07 AM
laki kau dh balik, tp xnak jumpa kau. mgkn jumpa awek lain.
Quote primarikey 4-1-2023 12:32 AM
Mgkn dlm tahanan krjn pakistan

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.158600 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top