JAKARTA – Ibu kepada seorang wanita di Indonesia yang didakwa curang dengan menantunya sendiri akhirnya membuat permohonan maaf dan mengakui kesalahannya yang telah memusnahkan hubungan kekeluargaan, lapor akhbar Radar Solo.
Berdasarkan tangkap layar pesanan ringkas dalam aplikasi WhatsApp yang tular di media sosial, wanita berkenaan berkata, selepas kejadian itu didedahkan, dia dibenci oleh ramai orang. “Semenjak berita ini (kecurangan) tular di media sosial, seluruh keluarga kita sudah musnah. “Mama sangat malu. Biarkan mama mati sahaja agar kamu bahagia. Mama tidak kuat, kamu ialah satu-satunya anak mama,” demikian menurut kata-kata wanita tersebut. Dia bagaimanapun mengingatkan anak perempuannya, Norma Risma agar tetap berbakti kepada dirinya kerana dia yang telah melahirkan wanita itu. “Bagaimanapun kesalahan ibu bapa, saya tetap ibu kandung kamu. Syurga di telapak kaki ibu,” katanya. Kisah mengenai kecurangan wanita tersebut dengan menantu lelakinya, Rozy Zay dibongkarkan Norma sendiri menerusi pendedahannya di laman TikTok baru-baru ini. Norma berkata, ibu dan bekas suaminya bahkan pernah ditangkap sedang berdua-duaan di rumah sewa mereka oleh orang ramai. Disebabkan kejadian itu, Norma dan Rozy dikhabarkan telah bercerai selain bapanya juga telah menceraikan ibunya.– CARI Sumber: Kosmo
|
CiliPadiSedap replied at 3-1-2023 06:38 PM
Dh agak yg pelik2 mesti ada kena mengena dengan kaum kerabat friska
Datang malaysia rampok barang k ...
ilacantik replied at 3-1-2023 06:47 PM
Bibik pilipin pun kaki sondol jugak sis. Dua tiga laki kawan makcik meols kena kebas dengan maid p ...
redz85: rugi nya, dah cerai tetap tak ...
shernazz replied at 3-1-2023 08:48 PM
Amboi..
Dah runtuhkan rumah tangga anak pastu kena berbakti plak.kat dia..
Baik.la anak.tu sendirian ...
Dia bagaimanapun mengingatkan anak perempuannya, Norma Risma agar tetap berbakti kepada dirinya kerana dia yang telah melahirkan wanita itu.
“Bagaimanapun kesalahan ibu bapa, saya tetap ibu kandung kamu. Syurga di telapak kaki ibu,” katanya.
eyansss replied at 3-1-2023 09:43 PM
ni babeh namanya ni… tak layak dipanggil mak apatah lagi masih kena berbakti…
namieamuro replied at 3-1-2023 09:56 PM
baru nk ckp bile tgk ugutan mak hanat ni. dh la ko ngap menantu sendiri. pastu ugut2 anak ko suh s ...
ADVERTISEMENT