Solekan dan dandanan penyanyi Wani Kayrie pada konsert minggu ketiga program Famili Duo Ahad lalu mencuri perhatian netizen apabila disamakan dengan wajah ‘nyonya’ yang menjadi penghias sebuah jenama bedak ‘legend’ satu ketika dahulu.
Menerusi perkongsian yang tular dalam Twitter, seorang pengguna berkongsi foto tata rias Wani ketika persembahannya pada konsert minggu ketiga bersama gambar bedak ‘batu’ yang menjadi pilihan wanita era 1990-an. “Aku rasa Wani Kayrie punya ‘look’ comel macam nyonya bedak batu,” tulis pengguna tersebut. Terhibur dengan usikan nakal tersebut, Wani, 23, kemudiannya berkongsi perkara sama dalam Instagram untuk meminta pendapat daripada pengikutnya.
“Bincangkan,” tulis Wani ringkas. Rata-rata pengikut penyanyi kelahiran Sabah itu mengakui tata rias wajah dan rambut yang digayakan Wani sememangnya serupa dengan imej wanita penghias bedak tradisonal itu. “Sama! Tapi bukan dia,” kata seorang netizen. “Nyonya yang jadi penghias bedak legend Wani rupanya,” kata seorang lagi pengikutnya. “Betul. Memang sama,” ujar seorang pengguna Instagram.
|
cheezel replied at 3-1-2023 06:36 PM
Xde aura langsung dia ni
cheezel replied at 3-1-2023 06:36 PM
Xde aura langsung dia ni
miszclassique replied at 3-1-2023 07:59 PM
Macam anita sarawak
Carcosa replied at 3-1-2023 08:01 PM
Sian budak ni. Ko pakaikan lah dia baju Marilyn Monroe sekalipun, tetap nmpk murah mcm baju beli dkt ...
ADVERTISEMENT