CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjara Diserang Kenderaan Berperisai, Ketua Kartel Dadah Berjaya Loloskan Diri

3-1-2023 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 883| Komen: 5

Sekurang-kurangya 17 orang telah terkorban dalam serangan bersenjata di penjara Mexico bersempadanan dengan bandar Juarez pada Ahad lalu, kata pihak berkuasa tempatan.

Pejabat ketua peguam untuk wilayah Chihuahua berkata dalam satu kenyataan bahawa 10 pengawal keselamatan dan beberapa banduan telah terbunuh dalam serangan itu manakala lagi 13 mengalami kecederaan.

Insiden berdarah itu bermula pada pukul 7 pagi pada Ahad waktu tempatan apabila penyerang bersenjata api merempuh penjara itu menggunakan kenderaan berperisai dan melepaskan tembakan rambang kepada anggota keselamatan penjara.


Foto:CNN

Situasi yang kucar-kacir pada ketika itu telah diambil kesempatan oleh banduan dan 27 daripada mereka berjaya meloloskan diri.


Penyerang itu merupakan ahli kumpulan dikenali Los Mexicles yang mempunyai kaitan dengan Kartel Caborca.

Antara banduan yang melarikan diri termasuk Ernesto Alfredo Pinon atau lebih dikenali sebagai "El Neto" yang merupakan bekas ketua kartel Guadalajara.

Penjara itu menempatkan 3,901 banduan.

Keganasan pada Ahad itu bukan kali pertama berlaku di penjara tersebut kerana pada Ogos tahun lalu pertempuran di antara dua kartel di penjara sama telah menyebabkan 11 orang terbunuh. - CARI

Sumber: CNN/mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 3-1-2023 05:58 PM
Perrghh mcm dlm pilem lak
Harus pablo escobar, teresita mendoza,carmila vargas bangga dgn news ni
Quote Thunderclouds 3-1-2023 06:02 PM
Bukan keleng². Pakai armoured car teruih.
Quote cheezel 3-1-2023 06:17 PM
Menakutkan betul mexico ni
Quote batmana 3-1-2023 09:04 PM
mana dia beli kerete perisai tu?, ada jual kt  shopee ka?
Quote rosedemon 4-1-2023 08:11 AM
uish dah cam filem cte ni.msti gempak. langgar penjara bawak keluar ketua dia. fuyo

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.046799 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top