CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Merempuh Sarang Lebah, DBP Perli Kekalahan Liverpool

3-1-2023 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 577| Komen: 3

Peribahasa yang dikeluarkan di hantaran Facebook Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) hari ini bagaikan memerli kekalahan pasukan bola sepak terkemuka England, Liverpool.

Peribahasa ‘Jangan merempuh sarang lebah’ yang membawa maksud bahaya jangan dicari yang digunakan DBP seakan-akan memerli pasukan bola sepak itu yang kalah dalam pertembungan liga dengan pasukan belasahan Brentford awal pagi tadi.

Brentford terkenal dengan gelaran pasukan ‘lebah’ kerana menggunakan haiwan itu sebagai maskot mereka sejak kelab dari barat London itu ditubuhkan sejak 1800-an.


Foto: FB

Pada perlawanan Liga Inggeris (EPL) awal pagi tadi, Liverpool menerima kekalahan tiga gol berbalas satu menyaksikan pasukan bimbingan Jorgan Kloop itu masih sukar merebut slot ke Liga Juara-juara Eropah musim depan.


Rata-rata orang ramai juga turut geli hati dengan hantaran peribahasa yang dimuatnaik oleh agensi bahasa itu hari ini.

“Laju admin DBP buat kerja, mesti penyoko g Liverpool tengah tidak puas hati dengan DBP hari ini,” jelas seorang pengguna Facebook.

“Sabar lah, betul la tu sarang tebuan jangan diganggu, kan dah bengkak muka kena tiga sengatan pagi tadi,” jelas Ashraff Mahmud. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 4-1-2023 08:08 AM
mohtep nak perli2
Quote che-cikL 4-1-2023 08:24 AM
Setakat ni power lagi dgn Admin Mydin
Quote Simunggu 4-1-2023 08:28 AM
hehehehe

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.041180 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top