PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ditempelak kerana mengambil lebih 700 pekerja baharu yang berstatus tetap dan tergamak membuang staf kontrak yang berpengalaman luas.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, agensi itu sepatutnya mengutamakan pekerja tidak tetap yang berpengalaman. Sebahagian besar kakitangan terbabit malahan ada berkhidmat lebih 10 tahun dan tidak perlu pun dilatih semula kerana sudah mahir dengan sistem kerja LHDN yang kompleks. “Saya dimaklumkan LHDN boleh ambil pula lebih 700 staf baharu sebagai pegawai tetap walhal mereka pernah ada kata tidak perlu ramai pekerja lagi,” katanya kepada pemberita. Terdahulu, beliau menyaksikan penyerahan surat ‘Rayuan Untuk Sesuap Nasi’ kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin di sini hari ini Memorandum itu disampaikan oleh bekas Pemangku Presiden MTUC, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang hadir mewakili pemimpin blok berkenaan, Mohd. Effendy Abdul Ghani. Ia diserahkan susulan isu penamatan seramai 958 petugas kontrak LHDN gred 21 pada 31 Disember lalu selepas rundingan terakhir pihak kesatuannya tiga hari sebelum itu gagal. Badan berkanun tersebut dalam reaksi balasnya pada 29 Disember lalu memberikan alasan kononnya pembuangan itu perlu dilaksanakan kerana isu peralihan kepada fasa digitalisasi. Mengulas lanjut, Kamarul Baharin membidas alasan diberikan LHDN itu kerana proses transformasi pendigitalan agensi berkenaan sudah lama dilakukan dan bukannya baharu. “Jika ini dalih mereka, bagaimana pula sempat lagi ditawar jawatan tetap kepada ratusan staf baharu dengan gaji lebih besar berbanding staf kontrak yang dibuang itu?” soalnya. Justeru, beliau berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dapat segera campur tangan membantu nasib ramai bekas pekerja terbabit. -CARI Sumber: Kosmo
|
prettyuglybabe replied at 3-1-2023 09:41 AM
amik staff baru yang lebih competent kot..
kerja lama ada pengalaman pun kalau buat kerja serupa tak ...
wirazam: Staf baru yg diambil maybe bwh ...
annehuda replied at 3-1-2023 08:03 PM
Ni aku nak tny la kan,andai kata keje gomen suatu hari nnt takde dah pilihan pencen,cuma potong kwsp ...
annehuda replied at 3-1-2023 08:03 PM
Ni aku nak tny la kan,andai kata keje gomen suatu hari nnt takde dah pilihan pencen,cuma potong kwsp ...
SiMontel replied at 3-1-2023 08:08 PM
ramai je yg akan berminat sis, sebab boleh buat byk loan , lepas tu maybe jump balik ke swasta ..
...
annehuda replied at 3-1-2023 08:10 PM
Tu la aku rasa why not la kan kerajaan perkenalkan je sistem mcm swasta skrang ni. Ye btul berkait ...
ADVERTISEMENT