CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Mayat Ditemui Selepas Kapal Layar Dicuri Dan Hanyut Secara Misteri

3-1-2023 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1104| Komen: 6

BANGKOK – Empat mayat ditemui selepas sebuah kapal layar sepanjang 64.37 meter (m) dicuri dan hanyut secara misteri dengan sendirinya di Thailand, lapor akhbar Daily Star.

Sekitar seminggu lalu, seorang lelaki Jerman bernama Marco Ceferin melaporkan kapal layarnya yang dinamakan Marco Polo hilang dari tambatan di pantai Nai Harn, Phuket.

Imej sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan tiga orang menaikinya sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) pada 28 Disember tahun lalu dan ia kemudian kelihatan hanyut dengan sendiri  tanpa sesiapa pun mengendalikannya.


Foto: ThaiMECC

Laporan media tempatan mendakwa kapal layar itu mengheret sauh dan hanyut ke arah Kepulauan Nicobar yang terletak berdekatan.


Bagaimanapun, empat mayat telah ditemui di Kepulauan Ko Racha Noi yang sangat dekat dengan tempat kapal layar itu ‘terlepas’ dari tambatannya.

Penemuan itu dibuat sekitar pukul 12.35 tengah hari (waktu tempatan), hanya 24 jam selepas seorang nelayan tempatan, Apiwat Konsgawat menemui dua mayat di pulau lain yang berhampiran.

Pusat Perintah Penguatkuasaan Maritim Thailand (ThaiMECC 3)  menemui semua mayat tersebut sejurus selepas itu dengan pekerja-pekerja penyelamat dan pegawai-pegawai menaiki bot yang terletak kira-kira 300 meter jauhnya tidak lama kemudian.

Tidak jelas sama ada Marco Polo adalah kapal layar yang telah ditemui itu.

Namun, ia adalah satu-satunya kapal layar yang dilaporkan hilang sejak kebelakangan ini. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-1-2023 04:38 PM
Mayat ada rupa tangmo tak?
Quote AnBulisia 3-1-2023 04:39 PM
curi kapal
banyak harta dalam kapal
pencuri tamak
bergaduh gaduh
pastu saling bunuh membunuh
sekian
Quote KamikuP 3-1-2023 06:00 PM
Kena sumpah dengan mendiang Tangmo Nida
Quote intan244 4-1-2023 06:51 AM
menarik kes ni mcm ada plot twist. teringin nak tau kebenarannya.
Quote ellejo 4-1-2023 07:58 AM
mari sini kita open table cite hantu
Quote rosedemon 4-1-2023 08:07 AM
kena bunuh ah tu spe suro curi kapal ongkaya

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.068907 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top