CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Beban Guru Berlebihan Bakal Temui Jalan Penyelesaian

3-1-2023 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4761| Komen: 75

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, isu beban tugas guru berlebihan bakal menemui jalan penyelesaian apabila perkara itu sudah disampaikan kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.



Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menandatangani buku pelawat sejurus tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun, Shah Alam.

“Isu beban guru saya sudah umumkan sebelum ini dalam satu rancangan bahawa kita akan beri tanggungjawab itu kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

“Nanti kita akan umumkan tidak lama lagi. Antara tumpuan mereka berkaitan dengan beban guru,” katanya pada sidang media di sini hari ini.


Terdahulu Fadhlina mengadakan tinjauan sesi persekolahan 2023 di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun hari ini.

“Isu bebanan guru bukan perkara baharu bahkan banyak dibicarakan dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini. Beban tugas guru perlu diambil kira kerana mereka dipertanggungjawabkan dengan hampir 40 murid dalam satu kelas sedangkan bilangan itu terlalu ramai.

“Guru juga terpaksa melakukan tugas pengkeranian yang mengganggu fokus pengajaran di dalam kelas,” ujarnya.

Lebih malang, katanya, apabila guru ditekan untuk menghabiskan sukatan pembelajaran, di samping menjalankan pelbagai bentuk pentaksiran kepada pelajar.

Had masa antara kekangan utama guru dalam menjalankan aktiviti kreatif dan inovatif.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caprut 3-1-2023 03:04 PM
Pasni ngajar smpi mlm je ckgu. Buat shift je ngajar smpai puas. Cikgu kan passion je mengajar
Quote Buritan 3-1-2023 03:23 PM
caprut: Pasni ngajar smpi mlm je ckgu. ...


Tengokkan aje looo.. aku golak je
Quote RinIna 3-1-2023 04:29 PM
Aku kerja pejabat balik2 kena jadik cikgu tak bertauliah ni pun rasa terbeban.. kan elok cikgu2 yg mmg dah ada kelulusan perguruan ni fokus je mengajar.. kalau rasa beban nk buat admin tu x yah buat.. so makpak pun tak payah smbung jadi cikgu lak kt umah kan.. baru adil dan saksama.. hahahaaaa
Quote airmineral 3-1-2023 04:51 PM
selain keje mengajar, merancang pembelajaran, pemantauan lepas belajar, apa keje yg cgu terbeban sgt ni? aku konpiussss
Quote krustykrab 3-1-2023 04:57 PM
airmineral replied at 3-1-2023 04:51 PM
selain keje mengajar, merancang pembelajaran, pemantauan lepas belajar, apa keje yg cgu terbeban sgt ...

Ontah ler..siap blh niaga kek, masuk mlm, niaga noxxa, avon, cosway bagai
Quote stingerpotpet 3-1-2023 05:03 PM
Edited by stingerpotpet at 3-1-2023 05:04 PM

Dengar citer order utk raya ....kuih semprit ,bangkit gula melaka,baulu....sudah mula diambil.....

Buat tambah belanja anak anak yg dah semakin membesar utk raya...apa salahnya?

Kahkahkahkah



Quote stingerpotpet 3-1-2023 05:06 PM
Pengalas meja very the ulu banat .com....apo punya taste guru2 harini?

Quote wikedsaikel 3-1-2023 05:08 PM
stingerpotpet replied at 3-1-2023 05:06 PM
Pengalas meja very the ulu banat .com....apo punya taste guru2 harini?

Senang nak minta derma. Bagi yg koyak sikit kat hujung pastu meja ada goyang.
Quote stingerpotpet 3-1-2023 05:27 PM
wikedsaikel replied at 3-1-2023 05:08 PM
Senang nak minta derma. Bagi yg koyak sikit kat hujung pastu meja ada goyang.

Bak kata anak jiran aku yg 3 tahun...waktu yg terbaik utk mintak menteri.......mood baru dapat jawatan...mintak 20 meja....dia up to 40....apa ada heran?

Ko ghaser?

Kahkahkahlahkaj
Quote doubleA 3-1-2023 05:37 PM
Pensyarah unibersiti kelas beratus2 sampai beribu pun ada, kena buat research lagi, servis dan lain2. Cikgu budak cuti, deme cuti juga. Nikmat apa lagi yg nak didustakan
Quote jas7512 3-1-2023 05:42 PM
doubleA replied at 3-1-2023 05:37 PM
Pensyarah unibersiti kelas beratus2 sampai beribu pun ada, kena buat research lagi, servis dan lain2 ...


Btl..selain dua tu..kn ada khidmat masyarakat
.xtvt pembangunan student..xtvt universiti...consultation...keusahawanan...pening dgm byk bende..rasa nak.pencen awal je..mujur boss dam colleagues baik2
Quote caprut 3-1-2023 05:49 PM
jas7512 replied at 3-1-2023 05:42 PM
Btl..selain dua tu..kn ada khidmat masyarakat
.xtvt pembangunan student..xtvt universiti...consult ...

Nk kjer senang cmtu. Masa praktikal pon kena buat semua bnda tu. Program. Pembelajaran itu ini. Tp ggih juga mnta jawatan ckgu gomen
Quote caprut 3-1-2023 05:49 PM
airmineral replied at 3-1-2023 04:51 PM
selain keje mengajar, merancang pembelajaran, pemantauan lepas belajar, apa keje yg cgu terbeban sgt ...

Setiap satu tu kena gaji lain.
Quote stingerpotpet 3-1-2023 05:52 PM
Ticher chzy dan zehra sedang bersembunyik di balik burrows kewww?

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote QIsmail 3-1-2023 05:55 PM
Jgn retorik je la. Benda basic macam warden pun tak Boleh wujud kan waran jawatan khas - nak gak cikgu yg jd warden. Tang mana la bebanan guru nk dikurangkan
Quote pasa 3-1-2023 06:00 PM
stingerpotpet replied at 3-1-2023 05:52 PM
Ticher chzy dan zehra sedang bersembunyik di balik burrows kewww?

Kahkahkahkahkahkahkah

mana blh cikgu bz la skg ni. Gaji nak DG54 tapi keje nak sikit. 15 tahun nanti bersepah satu sekolah ada DG54 semua malas nak dengar cakap org atas.
cikgu besar pun geleng kepala.


Quote caprut 3-1-2023 06:54 PM
QIsmail replied at 3-1-2023 05:55 PM
Jgn retorik je la. Benda basic macam warden pun tak Boleh wujud kan waran jawatan khas - nak gak cik ...

Minta jd cikgu swasta. Ada berani ke?
Quote intan244 3-1-2023 09:58 PM
cuti sekolah pon banyak.
Quote sayawifenikmie 3-1-2023 10:04 PM
propeseb yg banyak merempan:

1. cikgu
1. doktor

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.078750 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top