CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Enough OAG' - Qi Razali Dah Keluar Dari OAG

3-1-2023 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4875| Komen: 44

Pelakon, pengacara yang juga pemain dram kumpulan OAG,iaitu Qushairi Bin Mohammed Razali Wong atau lebih dikenali sebagai Qi Razali telah mengesahkan bahawa beliau tidak lagi akan membuat persembahan bersama kumpulan Old Automatic Garbage atau lebih dikenali sebagai OAG.


Perkara itu dikongsi sendiri oleh Qi menerusi ciapan di Twitter, menyatakan Konsert 30 tahun Generasiku yang berlangsung pada 25 Disember 2022 di Stadium Melawati Shah Alam itu adalah persembahan terakhirnya bersama alternative rock band yang ditubuhkan sejak tahun 1992.




Akui pilihan jalan hidup yang mendorongnya untuk membuat keputusan sedemikian, Qi Razali menjelaskan bahawa kumpulan OAG tetap akan terus wujud dan menyifatkan kekuatan band OAG itu bukanlah pada pemain dram.

“Pilihan jalan hidup yang mendorong aku membuat keputusan ni. Band tu tetap akan terus wujud jangan risau. Kekuatan band tu bukan kat drummer. So boleh je ganti mana-mana pun.




Qi Razali pasti mempunyai alasan tersendiri untuk membuat keputusan sedemikian. Sama-sama kita hormati keputusannya dan terus mendoakan agar beliau kekal sukses dalam industri.


IG Qi


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sang_kuriang 3-1-2023 02:50 PM
Baru tau dia gang OAG ingat mengacara je
Quote HelgaPataki 3-1-2023 03:27 PM
Mesti dia bara habis sbb Radhi buat spoil masa konsert haritu
Quote akuHavocczz 3-1-2023 03:29 PM
Dia mmg OAG dari dulu ke? malas nak google meheheh
Quote Dolmat 3-1-2023 03:35 PM
Dia dah tahan kot asyik tunggu Radhi SIDAI KAIN...
Quote KamikuP 3-1-2023 03:41 PM
Ingatkan OAG ni singkatan untuk Orang Asli Gopeng.. ekekeke
Quote tompie 3-1-2023 03:44 PM
Dia mmg anggota asal..
Lagipun OAG bukan ada apa lagipun dah.. show pun berapa kerat aje.. lagi senang dia keluar, so takdelah komitmen pada band.. lagipun dia kan banyak gak projek sampingan..
Good decision by him la..
Band2 ni pada aku frontman aje yang critical... kalau penyanyi dah lain, dah terus jadik lain..
Quote kucingitam 3-1-2023 03:46 PM
br tau dia member OAG...aduhai..
Quote hanna88 3-1-2023 03:47 PM
lah dia geng OAG ke..baru ku tau..
Quote ainonymous 3-1-2023 03:49 PM
dah si Radhi mendadih pastu sidai semua org, kalau aku pun blah..
Quote Burong_Hantuk 3-1-2023 03:50 PM
Quote Suchi 3-1-2023 03:51 PM
ainonymous replied at 3-1-2023 03:49 PM
dah si Radhi mendadih pastu sidai semua org, kalau aku pun blah..

Dia lambat ke aritu? Kat mana eh nak tgk pasal ni.

Btw qi dah tak baby face dah cam dedulu, nampak laa atuk2 dah dia.
Quote Lavender_Violet 3-1-2023 03:51 PM
Macam ramai yg tak tau dia anggota asal OAG termasuk aku
Quote wolfheart 3-1-2023 03:57 PM
Mula² keluar album dulu dia nmpk paling tak de rupa. Mula² ingatkan cina sbb dia guna nama chi. Saya beli album pertama masa oag belum mula meletup lagi. Sebut kumpulan oag pun haram org tak kenal masa tu
Quote deebiz14 3-1-2023 04:09 PM
Heols mmg OAG dari asal pun. Heols kemain lagi keje keras ritu pomot OAG ni merata.
Akhirnya gibab dah.

Time to fokus bende lain la kan. Settle down cari binik ker.
Quote innocentsangat 3-1-2023 04:18 PM
Good for you.
Quote noorhairiahma 3-1-2023 04:45 PM
Qi mengacara je lah. best tengok dia dekat tv. bila makan, makan betul2, tak pelahap. bila jalan2 buat travelogue, dia explain panjang lebar, sedap dengar lontaran suara dia sama ada dalam BM or in english. tak control hensem, bersahaja je. spontan dan tak kaku/keras depan tv.
Quote noorhairiahma 3-1-2023 04:48 PM
akuHavocczz replied at 3-1-2023 03:29 PM
Dia mmg OAG dari dulu ke? malas nak google meheheh

qi drummer OAG, abang dia drummer blackrose (kalau salah, tolong betulkan).

adik beradik drummerlah kiranya.


Quote wikedsaikel 3-1-2023 05:00 PM
Dua dua hensem tapi dua dua macam nampak letih dan lebih berusia dari umor. They are rich kids kan? Arwah ayah mereka kerja apa dulu?
Quote I.K.A888990 3-1-2023 05:01 PM
laaaa baru tau. tp elok la hang keluar

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.044901 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top