CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah 2023, Masih Ada Keluarga Yang Makan Nasi Lauk Garam Lagi Di Kedah

3-1-2023 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2304| Komen: 39

POKOK SENA: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib empat beranak di Kampung Desa Keda Batu 13 di sini yang hidup daif sehingga ada hari mereka terpaksa menjamah nasi goreng dengan garam.


Hashim Ahmad, 84, dan isteri, Basarah Mohamad, 65, serta anak dan ibu mentuanya kini bergantung hidup bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 sebulan.

Keadaan keluarga itu makin teruk apabila si anak, Nor Pahanisha, 30, terlibat kemala­ngan jalan raya bulan lepas yang mengakibatkan patah kaki sekali gus menyebabkan keluarga malang ini semakin terhimpit.

Kata Nor Pahanisha, sebelum patah kaki, dia dan ibunya memperoleh pendapatan tambahan membuat kerja-kerja kampung termasuk mengupas bawang.


Foto: Utusan Online


“Saya dan emak ambil upah kupas bawang, kongsi dapatlah upah RM10. Tetapi sudah berhenti. Jadi RM500 itu sajalah yang kami belanja tiap-tiap bulan.

“Memang tak cukup kerana RM100 untuk bayar bil. Baki RM400. Adakala memang makan nasi goreng dengan garam sahaja. Beras, minyak dan gula, nasib ada orang sedekah,” katanya di sini semalam.

Katanya, kehidupan mereka sekeluarga sering diuji dengan kesempitan termasuk masalah kesihatan bapa dan nenek, Fatimah Man, 84.

Bapa dan neneknya itu perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar setiap bulan bagi penyakit darah tinggi.

Bagi yang mahu membantu keluarga ini boleh menyumbang menerusi akaun BSN atas nama Nor Pahanisha (0213041000085151). – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 3-1-2023 12:46 PM
Allahuakbar, sedih masih ada lagi rakyat camni..
Quote Kak-Rohana 3-1-2023 01:20 PM
Bola lagi penting dek
Quote Samerosie 3-1-2023 01:24 PM
Judi free state lagi penting dek.
Quote shernazz 3-1-2023 01:37 PM
Sian kan..
Dolu masa iols ikut makcik iols sumbang barang2 dapur circa 2000an cam.tu kat area kedah tu...ada.rumah lantai dia tanah je wei...
Certain2 part dalam.rumah tu ada la.letak.belen2 tikar getah...kesian wei...
Quote Decaffeinated 3-1-2023 04:01 PM
Kedah ramai orang miskin. Pernah kirim duit thru a friend, nak pergi sendiri jauh kot.
Quote pooh~key 3-1-2023 04:04 PM
Samerosie replied at 3-1-2023 01:24 PM
Judi free state lagi penting dek.

Oh ouch sister!
Quote dua_chzy 3-1-2023 04:04 PM
Bukan kat Sabah Sarawak ke? Okay.
Quote glump 3-1-2023 04:37 PM
Edited by glump at 3-1-2023 05:20 PM

Murah nya upah kupas bawang..$10 je untuk 2 orang punya kerja .lepas ke kos pi tempat kerja .
Quote wirazam 3-1-2023 04:49 PM
Sedih nya...apa komen menteri besar Kedah tu ye
Quote wirazam 3-1-2023 04:50 PM
glump replied at 3-1-2023 04:37 PM
Murah nya upah kipas bawang..$10 je .lepas ke kos pi tempat kerja .

Kupas bwg brp byk la tuh..
Quote wirazam 3-1-2023 04:51 PM
Sapa forummer yg dok Kedah..pi la visit family nih..sedih lak rasanya
Quote krustykrab 3-1-2023 04:54 PM
Bapak tak tolong kupas bwg ke? Sakit darah tinggi je bukan tangan kudung
Quote ninja boy 3-1-2023 05:03 PM
Edited by ninja boy at 3-1-2023 05:12 PM

Ambil bawang cangkul tanah, ambil ubi cangkul tanah, ambil kededek cangkul tanah, ulam raja tanam,  bendi tanam, semua tanam 15 min siap, tanam secara berkala supaya sentiasa ada hasil sepanjang masa. Zaman skrg 1 org kos 500-1000 kalau xde loan rumah Xde loan kereta, kalau org biasa bekerja perlu dapatkan 2000min basic hiidup, 3000-4000 utk selesa, 6000 jika berfamili,
Quote cap_ayam 3-1-2023 05:06 PM
Kat kedah ramai juga orang kampung yang kerja motong getah. Hari hujan tak dapat pergi kerja. Tak kerja takde gaji.
Quote KamikuP 3-1-2023 05:51 PM
shernazz: Sian kan..Dolu masa iols ikut makcik iols sumbang barang2 dapur circa 2000an cam.tu kat area kedah tu...ada.rumah lantai dia tanah je wei...Certain2 p ...


Kat area mana Kedah tu sis? Sian pulak meolss baca

Quote mejaputih 3-1-2023 05:54 PM
Dhoifnya penduduk sana..pastu dgn masalah sosial lg
Quote pasa 3-1-2023 05:55 PM
nak keluar dari kemiskinan kene hantar anak utk dapat pendidikan yang lebih baik. Mak ayah dah le miskin, anak-ank pulak tak diasuh utk minat belajar.

So bergenarasi la kemiskinan tu diwarisi. Bagi la bantuan apa sekali pun. mmg tak kan membasmi kemiskinan.
Quote gigahertz 3-1-2023 05:57 PM
Decaffeinated replied at 3-1-2023 08:01 AM
Kedah ramai orang miskin. Pernah kirim duit thru a friend, nak pergi sendiri jauh kot.

Sepatutnya susbsidi di hapuskan.
Duit subsidi tu di salur balik pada rakyat warganegara
Dalam bentuk cash. Dlm bentuk cash semua kaum dan agama
Boleh terima.
Quote gigahertz 3-1-2023 05:58 PM
mejaputih replied at 3-1-2023 09:54 AM
Dhoifnya penduduk sana..pastu dgn masalah sosial lg

Tu.pasal bab dadah sana tinggi.
Sebab dadah kat sana cheapest entertaiment solution

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.146553 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top