CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Yang Terambil... Fizi Ali Rugi RM1,000 Dua Beg Berisi Coklat Lesap

2-1-2023 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2760| Komen: 17

Kegembiraan penyampai radio Hot FM, Fizi Ali bercuti di Pulau Langkawi bertukar tragedi apabila dua beg berisi coklat dan cenderahati untuk saudara mara dan rakan-rakan lesap.


Kata Fizi atau Mohd Hafizudin Almudin, 34, kejadian itu menyebabkannya menanggung kerugian lebih RM1,000 dan terpaksa pulang dengan tangan kosong.


IG Fizi

"Mungkin nilai tersebut tak tinggi bagi orang lain, tapi bagi kami amat berharga kerana coklat dan barangan cenderahati itu untuk diberikan kepada saudara-mara dan rakan-rakan di sini.

"Memang rasa terkilan apabila mendapati beg tersebut hilang. Jadi kalau orang bertanya apa ole-ole dari Langkawi, saya boleh cakap hilang sahaja," katanya kepada mStar.



IG Fizi

Fizi baru sahaja pulang dari percutian di Langkawi pada Ahad selepas berada di sana sejak Khamis lalu.

Dia sebelum itu memuat naik satu hantaran di Insta story miliknya memohon mana-mana pihak memulangkan beg tersebut jika tersalah ambil.



Dalam masa sama dengan tegas Fizi memberitahu dia tidak akan menghalalkan jika ia adalah perbuatan mencuri.

Bagaimanapun selepas membuat perkongsian tersebut seorang individu menghubunginya dan mengaku tersalah ambil salah sebuah beg berkenaan dan berjanji akan memulangkannya semula.



Tambah Fizi, dia mendapat makluman daripada orang ramai bahawa kejadian sebegitu biasa terjadi dalam feri perjalanan pulang dari pulau peranginan itu.

"Apabila saya post di Instagram, ramai yang beri maklum balas tentang kejadian sama. Katanya seperti ada orang yang akan memerhati barang yang kita beli di sana dan kejadian dicuri itu biasa berlaku.



"Mujurlah seorang hamba Allah yang baik hati ini hubungi saya dan beritahu dia terambil satu beg tersebut. Dia tinggal jauh jadi belum tahu macam mana hendak pulangkannya nanti," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 2-1-2023 02:54 PM
Ayat suh pulangkan kalau tersalah amik, tp story IG terus letak curi
Quote shernazz 2-1-2023 03:12 PM
Sengaja amek.atau terambil?
Quote cmf_premierleag 2-1-2023 03:16 PM
Stakat nk coklat import bagai, baik ko beli je kt Haniffa,jln masjid india sana....swiss lindt pun depa jual
Quote orkidorkido 2-1-2023 03:45 PM
Penat anak dia
Mak bawa ke sana
Giliran pak bawa ke sini pulak
Beli coklat di kl jelah okay baby
Quote apiang 2-1-2023 03:45 PM
eh bengang jugak dah sopim2 kena curik lak..
Quote zarulnazmi 2-1-2023 03:46 PM
slyfynx: Ayat suh pulangkan kalau tersalah amik, tp story IG terus letak curi


Masa ig story first dia tu mungkin tengah marah. Jadi dia terus anggap ada orang curi. Lepas tu ada orang lain contact dia cakap tersalah ambil dan pulangkan. Rasanya dia lembutkan hati untuk mengharap beg dia yang satu lagi tu dapat dipulangkan kalau ada yang TER ambil. Tapi dia tetap tegaskan JIKA beg tu dicuri dia tak akan halalkan.
Quote Fazsemput 2-1-2023 07:13 PM
Fizi ni.ok bab family relation die.nmpk close ngn mak..ngn adek beradik.. nmpk mak adek2 die pun jenis2 klaka jenis riuh.. ngn anak pun nmpk natural..

X off topic..kn berduit.. kalo nk rasa naik ferry pun..naik la ferry yg blh bawak kete.. kan lebih selamat..
Quote fadz84 2-1-2023 09:50 PM
"Mujurlah seorang hamba Allah yang baik hati ini hubungi saya dan beritahu dia terambil satu beg tersebut. Dia tinggal jauh jadi belum tahu macam mana hendak pulangkannya nanti”

Laaa apa susah, kurier ekspres kan ada.. bp ringgit sgt la pun cajnya.. huhu
Quote sleepandream 2-1-2023 10:14 PM
iols syak yg ambik tu mmg on purpose ambik beg heols... a.k.a curikk...
bodo ke apa beg sendiri pun takleh cam...
kalau iols mmg kene maki org tu... menyusahkan orang....
laju pulak tu org tu tgk ig story yach... mcm dah aim jah
Quote Lily_Elizabeth_ 2-1-2023 11:03 PM
fadz84 replied at 2-1-2023 09:50 PM
"Mujurlah seorang hamba Allah yang baik hati ini hubungi saya dan beritahu dia terambil satu beg ter ...

Kannnn???.

Haish.

Quote bluecrystal 3-1-2023 12:39 AM
muka ameena ni iras nenek dia
Quote doubleA 3-1-2023 12:47 AM
Ada lagi org pergi langkawi naik feri? Iols banned terus feri. Memang beg main longgok situ jadi tak terkejut kalau memang dicuri
Quote dudaberhias 3-1-2023 12:50 AM
ya ampun masih ada lagi yach orang pergi langkawi beli coklat...
kat shopee lagi murah dikkk... hakak dah serik beli coklat kat sana sebab hujung2 kambuih belakang rumah jah bebudak lebih suka gula2 tempatan jual kat eco shop tu....
Quote dudaberhias 3-1-2023 12:52 AM
fadz84 replied at 2-1-2023 09:50 PM
"Mujurlah seorang hamba Allah yang baik hati ini hubungi saya dan beritahu dia terambil satu beg ter ...

kalau pos coklat tu rasanya hujung2 kena kambuih belakang umah jah... macam apa yang terjadi dekat belakang rumah iols
Quote Miss_LoveLeen 3-1-2023 02:19 AM
Kaka, kalau iolss gi korek belakang rumah kakak sure jumpa macam2 harta karun kan. Selain kek & coklat, kaka kambuih apa lg belakang tu?
Quote dekmieDandy 3-1-2023 09:40 AM
btw dia ganti radio hot fm pagi-pagi sekarang bosan yakmat

entah apa-apa merapu
Quote Sunkiss8999 3-1-2023 11:58 AM
Comel betul ank dia..geram..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.041101 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top