Video tular jurulatih menampar dua pemain perempuan ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja B14 Malaysia 2022 di Johor turut mendapat perhatian pelawak popular Harith Iskander.
Menerusi hantaran di laman sosial, Harith menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap sikap jurulatih berkenaan. "Jika jurulatih anak saya menaikkan tangannya pada mereka, tahulah dia bagaimana rasa sebuah tamparan," tulisnya. Video tersebut mengundang kemarahan netizen dan rata-ratanya mahu pihak berkuasa mengambil tindakan dan Kementerian Belia Dan Sukan seharusnya mengambil serius hal ini. Sumber: Murai
|
LadyCarefree replied at 3-1-2023 05:20 AM
buat repot polis tak makpak budak tu? jahat gila coach tu.
sleepandream replied at 3-1-2023 09:31 PM
mak pak budak tu sokong coach tu lagi ada lerr
sian budak tu dpt mak pak gitu...
ADVERTISEMENT