CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bluetick Je, Pengarah Jawi Sedang Bercuti Tak Respons Kenyataan Saman RM10 Juta Syamsul Yusof

2-1-2023 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5249| Komen: 47

Dua minggu berlalu, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) masih mengunci mulut berhubung tindakan saman RM10 juta bakal diambil pengarah, Syamsul Yusof, 38.

Usaha Utusan Malaysia menghubungi Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail sejak minggu lalu tidak berjaya apabila dimaklumkan beliau sedang bercuti.

Malah, kiriman mesej WhatsApp juga hanya dibaca tanpa sebarang maklum balas berhubung persoalan sama ada pihak Jawi sudah menerima tuntutan saman atau sebaliknya.


IG Syamsul

Pada 22 Disember lalu, Syamsul mendedahkan untuk mengambil tindakan saman terhadap Jawi kerana didakwa membocorkan maklumat peribadi yang merupakan dokumen rasmi kerajaan.


Sebelum itu, Puteri Sarah mendedahkan, menerima banyak mesej mendakwa, Syamsul sudah berkahwin dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira dan meminta suaminya itu tampil menjelaskan tuduhan berkenaan.

Kemelut rumah tangga pasangan itu sampai kemuncak apabila Syamsul memaklumkan akan merungkaikan segala isu dalam masa terdekat.

Pelakon Munafik itu meminta semua pihak bersabar dan segala penjelasan akan dibuat bagi menamatkan kontroversi dari pelbagai penjuru.

Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada pada 8 Mac 2014 serta hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 2-1-2023 12:57 PM
Ya.. saya sudah bernikah... gitu aja kan senang...
Quote lightheaded67 2-1-2023 01:07 PM
aiyer. habes smua org babit skali hal rumah tngga dia. korok nya la sol ni. somehow aiol rasa sol dgn ps mmg bertemu buku dgn ruas. aa penah komplen ps ni verbal kan (artikel lama). sol mmg spisis dalih (artikel he kluar fb statement tak ngaku got relationship wit ps?). ik pulak feeling pndai, kalau ko dh masuk sarang saiko2 ko kalah dekkkkk. tu lah bbnu mmg gelojoh. huhu jadi lauk jelah esok. ps yg verbal tu pun di seliparkan nya, cuol yg spisis acah2 inesen lagi lah.. tggu giliran yach
Quote alesandra 2-1-2023 01:22 PM
Mangkok tu x file kan lagi saman tu pun or anta surat lawyer kan?nak expect jawi buatpe? meroyan mcm bini mangkok tu keww?
Quote nena9042 2-1-2023 01:38 PM
Dah orang tu tak nak reply, lantak dia la. Bukannya kena pun. Dia pun malas nak masuk campur berbalas statement agaknya. Nak file saman, file je la terus.
Quote nakkomenjugak 2-1-2023 02:49 PM
orang tu punyalah nak bertenang habiskan annual leave
tak koserrrrrr nak layan hal2 saman
ko setel laaa sendiri dengan minik
cehhhh gengster taik kucing sangat
nak berdepan dengan minik kemain kecut
Quote Nozot 2-1-2023 03:05 PM
Orang tu pun malas nak layan ko sol..ajet - ajet islamik sangat..nampak sangat isteri tu dah mental ko buat. Imej & lagi islamik tak dapat menutup kerempitan mu Sol. Sesuai sangat dengan IK tu, match made from heaven. Tapi Sol malu nak ngaku kan sebab taste dia memang low sangat, tak sama dengan apa yang dia dok tayang selama nie.
Quote edayildiz 2-1-2023 03:07 PM
susah sgt ke sol..ko cerai ps ko kelek la ik...dia ni tamak sbnrnya..xnk lps ps..nak dedua..bodohnya jantan gini
Quote shernazz 2-1-2023 03:08 PM
Ape ke bongok ga nggu orang ngah bercoti2
Sebok je..
Ni la.orang dah bersalah..nak tutup kesalahan..dia kacau orang sekeliling
Quote zie_indah 2-1-2023 03:44 PM
Sampah .kalau kau kaya sgt pun susah sgt ke nak kata sudah menikah
Quote Burong_Hantuk 2-1-2023 03:46 PM
Confessss jer la sol!!!!
Quote orkidorkido 2-1-2023 03:48 PM
Sol sol
Pooodahhhh
Kesian anak bini kau sol, degawan jugak kau nak
Quote pocongkiutss 2-1-2023 03:48 PM
SI TERPALING MUNAFIK NI LEH PEGI MAMP
Quote apiang 2-1-2023 03:48 PM
Apo la perangai... dgn binik senyap seribu bahasa..sorg kehulu sorag kehilir... dibior nya binik tu. ish3
Quote beatgirlX 2-1-2023 04:22 PM
Walaupun org tak suka DD throwback pernah kena dgn ex bf..tapi aku suka..tu mcm nampak Sol yg problematic...so IK tu bersedia je laaa
Quote awanearisu 2-1-2023 04:38 PM
Sama taraf dengan Chris Brown sahaja. Kenapa perlu diberi perhatian sangat.
Quote MatDeghem 2-1-2023 05:16 PM
ko nak saman pakai whatsapp ?

Harap Jawi jangan layan melainkan surat dari lawyer.

Whatsapp2 biar wartawan2 sangkak hadap makan free aje yang layan
Quote Dzahin_poch 2-1-2023 06:31 PM
Semak btl dgn sol sol
Ni…
Quote Purplehaz 2-1-2023 06:44 PM
Apelah agaknya dokumen peribadi sol yg jawi korek then bagitau p.srah tu.
Pegawai jawi yg handle mesti pening kepala melayan couple bermasalah ni..lg cuak kena provoke Saman 10juta.
Quote Incanto 2-1-2023 06:51 PM
JAWI buat derk….padan muka

ingat semua org takut kat samseng taik kucen

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.047281 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top