CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Terkencing Dicekup Berkhalwat Malam Tahun Baru

1-1-2023 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3378| Komen: 23

Menangis dan terkencing. Itulah antara reaksi yang dapat disaksikan oleh pasangan yang dicekup kerana berkhalwat dalam Op Ambang Tahun Baharu 2023 yang dijalankan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) di daerah ini, malam tadi.


Pengarahnya, Datuk Md. Rofiki Shamsudin berkata, meneruskan operasi yang dijalankan selama kira-kira tiga jam di 10 lokasi berasingan itu, seramai 15 pasangan ditahan.


Sebahagian pasangan yang ditahan dalam Op Ambang Tahun Baharu 2023 yang dijalankan oleh JAIJ di sebuah hotel di Senai, Kulai, Johor.

Kesemua yang ditahan melibatkan 15 lelaki dan 15 wanita berusia antara 22 hingga 38 tahun.

“Individu yang ditahan terdiri daripada 18 warga tempatan dan 12 warga asing melibatkan rakyat Indonesia, Nepal dan Bangladesh.


“Tujuan Op Ambang Tahun Baharu 2023 ini diadakan untuk membanteras perbuatan maksiat serta aktiviti yang tidak bermoral daripada terus berleluasa.

“Lazimnya pada waktu sambutan percutian memang kita akan adakan, sebab biasanya mereka yang terlibat dalam kesalahan seperti ini pilih tarikh cuti am. Jadi, kita laksana mengikut keperluan,” katanya dalam sidang akhbar selepas tamat operasi berkenaan.

Tambah Md. Rofiki, kesemua mereka diambil tindakan mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Sepanjang tahun 2022, pihaknya telah melaksanakan sejumlah 1,692 operasi dengan seramai 655 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah syariah telah ditahan.

“Operasi ini dijalankan di seluruh Johor dengan bilangan kes didapati meningkat pada 2022 berbanding 2021.

“Sehubungan itu, kita akan meneruskan usaha penguatkuasaan ini selain turut meningkatkan pelbagai program pencegahan termasuk program-program di sekolah,” katanya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 1-1-2023 06:09 PM
10 lokasi cuma dapat 15 pasangan je?

Quote _blackbird 1-1-2023 08:08 PM
Pasangan ke berapa yg menangis dan terkencing tu??? Hoi reporter boleh tak jgn cerita separuh2
Quote ellZack 1-1-2023 08:40 PM
Bukan warganegara dan islam bawa pergi pejabat agama dan denda juga ke?
Quote buapakperut 1-1-2023 10:11 PM
Nepal pun kena tangkap ka, sah2 la non moslem
Quote TOPwind 1-1-2023 10:14 PM
kesian melayu

asik kena je
Quote ninja boy 1-1-2023 10:25 PM
Main awal tahun bulan 9-10 beranak
Quote Suchi 1-1-2023 10:51 PM
Habis la bau hancing

Betul ke terkencing tah2 air lain
Masa kena tangkap tu dah buat ke blm?
Quote t_hahahaha 1-1-2023 11:21 PM
dah tahu operasi selalu buat time cuti, elak2kan laa
Quote kemaruk 2-1-2023 02:52 AM
Mungkin lebihan lendir yang masih mengalir keluar lepas berjimak
Quote edayildiz 2-1-2023 03:31 AM
gini pun ada
Quote LadyCarefree 2-1-2023 05:35 AM
buat operasi gini ada pula staf dan budget?
Quote babysolaris 2-1-2023 05:48 AM
huh.. apa nak jadi nih.. dah masuk 2023 masih ada benda yg sama..what a pity to them.. nak sgt kawin je..
Quote CiliPadiSedap 2-1-2023 09:45 AM
babysolaris: huh.. apa nak jadi nih.. dah m ...


Kahwin sekarang mahal nikah murah je
Kahwin nak baby shower, baby boo boo, kompang, kek tinggi klcc, bridal maids nak sekampung, catering nak yang ada stall menu 10 buah.

Semua tu loan. Nak harap payslip memang xlepas.

Lagi best catering offer harga rm 8 sekepala. Bila tiba time majlis lauk xcukup, caterer lesap.

Zaman sekarang bahan mahal nak pilih catering guna logik akal bukan logik poket.

Kena scam meroyan
Quote CiliPadiSedap 2-1-2023 09:46 AM
Kepada kena tangkap basah tahniah nikah express.
Quote becir 2-1-2023 11:17 AM
LadyCarefree replied at 2-1-2023 05:35 AM
buat operasi gini ada pula staf dan budget?

Khenz...elok bajet utk ni salur utk kutip sampah beramai2
Quote nononcrux 2-1-2023 02:14 PM
ninja boy replied at 1-1-2023 10:25 PM
Main awal tahun bulan 9-10 beranak

hmm lepastu jumpa la nanti dlm tong sampah/ kelapa sawit
Quote nakkomenjugak 2-1-2023 02:55 PM
memang tak laaa nak kawen
kena tangkap pun kat hotel murah
sia2 kongkek
Quote LadyCarefree 2-1-2023 03:40 PM
becir replied at 2-1-2023 10:17 AM
Khenz...elok bajet utk ni salur utk kutip sampah beramai2

elok guna resources ni hambat para bekas suami yg xbayar nafkah.
Quote dani-rox 2-1-2023 07:14 PM
hina betol jd wartawan kalo ni jer jenis berita yg ko laporkan, same goes to the photographers.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.062663 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top