CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ingatkan Jakel Je Kena, Rupanya Butik Fitri Haris Pun Disambar Api Juga

1-1-2023 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4975| Komen: 32

Hilang kata-kata apabila penyanyi nasyid Dr Fitri Haris mengetahui butiknya, Al Mukarramah yang dibuka sejak 2018 turut musnah akibat kebakaran yang berlaku di Wisma Jakel Shah Alam pada pagi Ahad.


Menganggap ia ujian pembukaan tahun baharu, Fitri berkata dia mengetahui keadaan butiknya itu sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian.


IG Fitri

“Saya anggap satu ujian untuk melangkah tahun baharu ini. Saya tahu berita Jakel terbakar ni selepas solat subuh menerusi Twitter.

“Bila dapat tahu itu, saya terus hubungi staf tanyakan keadaan mereka. Ingatkan butik saya tak kena sebab nampak video viral tu hanya depan bangunan Jakel saja terbakar.

“Sebaik saja saya sampai ke lokasi, barulah saya tahu butik saya pun terkena… sebab api merebak sampai ke situ. Memang tergamam dan tak terkata,” katanya ketika dihubungi Gempak.


IG Fitri

Mengalami kerugiaan hampir 70 peratus, Fitri bagaimana melahirkan rasa syukur apabila 10 orang pekerja butiknya dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

“Boleh katakan hampir 70 peratus juga kerugian yang saya alami. Patunya hari ini saya ada acara promosi di butik, jadi barang-barang dekat stor ground floor habis disapu api.

“Staf sempat selamatkan duit dan beberapa barang saja. Tapi barang yang terselamat itu pun mungkin tak boleh guna sebab asap.

“Walaupun sedih tapi saya reda dan terima ujian ini. Yang paling penting, staf selamat dan tak ada yang cedera… perniagaan itu tak apa, kita boleh buat lagi,” ujarnya.



IG Fitri

Terdahulu, Gedung tekstil terkemuka, Wisma Jakel cawangan Shah Alam musnah 80 peratus dalam kebakaran di Seksyen 7, pada pagi Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 7.19 pagi.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 1-1-2023 03:28 PM
semoga dipermudahkan semua urusan dan diberi kekuatan hadapi ujian ini
akhir kalam, whoareyuss dik??
Quote Kancilkering 1-1-2023 04:22 PM
dh stock up utk raye terbakor pulek……
Quote beatgirlX 1-1-2023 04:54 PM
Mmg hangus habis..tadi pun Bomba masih padamkan asap kat bahagian depan
Quote codenamedream 1-1-2023 04:58 PM
cmf_premierleag replied at 1-1-2023 03:28 PM
semoga dipermudahkan semua urusan dan diberi kekuatan hadapi ujian ini
akhir kalam, whoareyuss dik?? ...

Penyanyi nasyid dambaan budak2 sekolah 90an.
Ex UNIC
Quote nakkomenjugak 1-1-2023 05:17 PM
jakel terbakar.... litar pintas mungkin
Quote opie5662 1-1-2023 05:22 PM
Dah la kain saje dlm tu.. Mmg cepat la merebak... Kesian..
Quote LadyCarefree 1-1-2023 05:47 PM
Kesian buat apa? Kdg2 insurance pay out lagi berbaloi. Xyah susah2 nak berjualan, dpt dah duit. Kawan iols baru plan nak renovate rumah 150k. Tiba2 terbakar. Insurance pay out 200k! Berbaloi even dapat cover dia duduk airbnb bagus punya masa renovate.
Quote rosmahisham 1-1-2023 06:21 PM
O tj butik dia.ke..slu iols g klj nk g umrah
Quote swimswim 1-1-2023 06:41 PM
Xyah kesian dgn org meniaga. Kalau ada insurans, dah sah2 covered all cost
Quote cmf_premierleag 1-1-2023 06:51 PM
codenamedream replied at 1-1-2023 04:58 PM
Penyanyi nasyid dambaan budak2 sekolah 90an.
Ex UNIC

oh geng2 UNIC..thanks for d info
sbb akak cuma kenal geng2 saujana je masa zmn tu
Quote sleepandream 1-1-2023 07:43 PM
itupon kalau ada amik insurans...
biasa org menyewa kedai takdan nak beli insurans noks..
Quote edoraixora 1-1-2023 08:18 PM
Kedai dia betul sebelah jakel ke atau berselang
Tak memasal aje, jiran kiri kanan terkena juga
Quote CiliPadiSedap 2-1-2023 12:19 AM
Jakel lost rm 100 juta baca kt berita.  Moga cepat recover.
Quote belacan_gurl 2-1-2023 12:53 AM
Jakel tu mgknlahhhhh amik insurance tapi kedai fitri nih aku harap amik insurance gak lah...kalo tak .. pergh naya oiii

Quote laksmanabentan 2-1-2023 09:05 AM
luar nampak mcm tak terbakar.. tapi dalam terbakar 70%

banner tu pulak mesti la cepat tersambar api kan sbb jenis plastik...
Quote lattehazelnut 2-1-2023 11:28 AM
Tiap tahun terbakar.. haruslah demi insurans uols..
Quote rayna_raynes 2-1-2023 11:42 AM
lattehazelnut replied at 2-1-2023 11:28 AM
Tiap tahun terbakar.. haruslah demi insurans uols..

Igt senang ke nak claim insurance kebakaran? Haha. Insurance co lagi terer carik exit clause dari peguam Najib

Quote Itzy 2-1-2023 11:43 AM
swimswim: Xyah kesian dgn org meniaga. K ...

kalau kita tiada perikemanusiaan pada orang yang ditimpa musibah, maka esok2 kat akhirat Allah pun tak kesian kat kita. Orang yg sombong pula, jangankan masuk syurga bau syurga pun dia tak boleh cium.
Quote Itzy 2-1-2023 11:45 AM
rayna_raynes replied at 2-1-2023 11:42 AM
Igt senang ke nak claim insurance kebakaran? Haha. Insurance co lagi terer carik exit clause dari  ...

tu la, kakak aku anak2 dia tahun ni kerap sakit, so dia bawa ke hospital swasta sebab dia ada beli insurans. Tapi sebab kerap sangat si pihak insurans call tanya bertubi2 soalan. Dah bayar insurans beberapa tahun untung company mereka tapi time nak bayar mengelat

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.039172 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top