CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu Saya Lantang Bantah GST, Tapi Sekarang... - Wakil Rakyat

1-1-2023 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1523| Komen: 10

Beberapa wakil rakyat kerajaan menyokong  untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun ada antara mereka yang lantang membantah pelaksanaan cukai itu sebelum ini.


Mereka berpendapat, pengenalan semula cukai itu menerusi Bajet 2023 dapat membantu menambah hasil kerajaan, namun mencadangkan kadarnya direndahkan daripada enam peratus kepada tiga atau empat peratus.

Ahli Parlimen Pasir Gudang daripada Pakatan Harapan (PH), Hassan Abdul Karim, sebelum ini membantah pelaksanaan GST dengan menyifatkan ia sebagai zalim.


Gambar hiasan

Namun kini, menyokong jika ia dilaksanakan semula tahun ini kerana mengambil mengambil kira masalah kewangan negara, hutang negara yang besar dan bajet defisit.


"Saya antara Ahli Parlimen yang lantang membantah GST pada waktu itu, tetapi bersikap agak terbuka sekarang. Bukan menjilat ludah tetapi saya pun tak mahu negara berhutang untuk pembangunan.

"Maka, saya terbuka untuk kerajaan memikirkan semula langkah ini jika ia dilihat boleh membantu kerajaan. Tetapi, kadarnya mesti direndahkan kepada lingkungan tiga atau empat peratus, jangan lebih," katanya kepada BH.

Beliau juga menyarankan untuk kerajaan melaksanakan cukai kekayaan atau 'Wealth Tax' kepada golongan korporat kaya, tetapi pada kadar rendah supaya tidak menjejaskan perniagaan mereka.

Beliau mengulas laporan BH hari ini, yang memetik syor dan jangkaan penganalisis ekonomi bahawa tumpuan Bajet 2023 terarah usaha kerajaan untuk menambah hasil, apabila terdapat kemungkinan keperluan memperkenalkan cukai baharu, termasuk mengembalikan GST.

Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata kerajaan perlu mencari hasil tambahan, sama ada mengekalkan Cukai Makmur atau melaksanakan semula GST yang ditamatkan pada 2018.

Mengulas isu itu, Ahli Parlimen Jelebu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Jalaludin Alias, konsisten dengan pendiriannya supaya sistem percukaian yang adil dan telus itu dilaksanakan semula bagi membantu kerajaan menambah hasil kepada negara.

Beliau turut senada dengan Hassan apabila mencadangkan cukai itu ditetapkan pada kadar lebih rendah.

"Dari segi peratusan, boleh tengok semula mengikut keadaan semasa. Bagi saya, tiga peratus memadai. Kita kena belajar daripada kesilapan kita lalu. Dahulu, kita kenakan GST pada kadar terlalu tinggi sehingga membebankan pembayar cukai," katanya.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, yang lantang mengkritik pelaksanaan cukai itu dahulu, bagaimanapun enggan mengulas kerana menyifatkannya sensitif berikutan ia membabitkan dasar.

"Ini isu dasar, mana boleh saya cakap walaupun pandangan peribadi. Apa pun, bagi Menteri Ekonomi (Rafizi Ramli) dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), jalankan tugas kerana kita lantik mereka untuk berperanan," katanya.

Ahli Parlimen Subang, merangkap ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Wong Chen, juga senada dengan Dr Dzulkefly, selain bimbang pandangannya disalah tafsir.

"Saya tak nak cakap benda lain dan menteri cakap benda lain. Dulu kita pembangkang, bolehlah. Kena faham, nanti I got into trouble (saya dapat masalah).

Pandangan peribadi pun tak boleh kerana pertamanya, saya tak ada data walaupun Ahli Parlimen kerajaan. Nanti, kalau cakap benda Menteri Kewangan (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tak gembira, susah . Kita kena lihat macam united (bersatu)," katanya.


SUmber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 1-1-2023 03:25 PM
PokJib senyum sinisssss jahhhhh
Quote Belibis 1-1-2023 04:20 PM
Bukan susah nak u turn...bagi signal,line clear..belok jer terus..[em:3:]
Quote Innrukia 1-1-2023 04:35 PM

GST tu kejam & menaikkan harga baranggggg
demo & berguling la utk raykattt
Quote sharlenetexas 1-1-2023 04:44 PM
Bukan menjilat ludah.
Ok.




Quote jas7512 1-1-2023 04:47 PM
Perlu gst tapi kadar jgn tinggi sgt 3 to 4 percent ckp...sst lg ramai ngelat byr
Quote JunkMail 1-1-2023 04:51 PM
Dulu kemain meratib kerajaan u-turn.. skrg?
Tu lahhh...masa membangkang kau asyik mencerca je ikut sedap mulut..
Quote Decaffeinated 1-1-2023 05:08 PM
Belibis replied at 1-1-2023 04:20 PM
Bukan susah nak u turn...bagi signal,line clear..belok jer terus..[em:3:]

Tak payah U-turn

Suruh ja Tim Menteri Kewangan yang umum, dengan bangganya beliau akur. After all it was his baby.



Quote card_reader 1-1-2023 05:53 PM
Aik bukan kata dolu ada cara percukaian yg lebih baik daripada GST ke.....
Quote silencekiller 1-1-2023 06:49 PM
GST kan punca kenaikan harga barang... awat tiba2 u turn? susah laa lagu ni.. sia2 macai2 menyalak GST zalim kaa kejam kaa apa kaa ke hulu ke hilir..

sejak GST dihapuskan .. harga barang terkawal lagi murah ...
Quote antikorok 1-1-2023 06:55 PM
Guangg Enggg senyum sinisss nyanyi lagu ABCDGST

[youtube]EkO1eKIQoV4[/youtube]

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.054141 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top