CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Tingkat 13 Bergegar Dalam Kejadian Letupan Bungkusan Ragut Nyawa Tukang Masak

1-1-2023 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2104| Komen: 16

‘Bunyi letupan itu sangat kuat sehingga bergegar apartmen kami’. Itu reaksi seorang wanita berhubung kejadian letupan yang meragut nyawa  tukang masak di sebuah restoran di Pandan Indah, Khamis lalu.


Wanita dikenali sebagai Sarah, 25, berkata, ketika kejadian, dia sedang berehat di ruang tamu dan terkejut apabila mendengar bunyi letupan selain mendapati rumahnya bergegar.

“Saya tinggal di tingkat 13 blok sebelah lokasi kejadian dan letupan itu sangat kuat. Kami ketakutan dan terus ke balkoni untuk melihat apa yang berlaku kerana bunyi itu luar biasa.

“Dari rumah saya, dapat dilihat seorang lelaki terkulai di atas jalan dengan badannya berlumuran darah, nampak sangat parah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Di Hospital Ampang inilah mangsa lelaki berusia 28 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan kesan letupan bungkusan Khamis lalu.


Cerita Sarah, serentak itu dia melihat orang awam beramai-ramai datang membantu mangsa untuk dibawa ke hospital.

“Ini kejadian pertama di sini dan dalam restoran itu banyak pe­langgan, tidak dapat bayang jika ramai mangsa terlibat,” jelasnya.

Tinjauan Kosmo! Ahad di lokasi kejadian semalam mendapati kenderaan mangsa yang rosak akibat letupan itu sudah dialihkan dan laluan di lokasi tersebut sudah dibuka untuk orang awam.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan seorang tukang masak maut selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup berhampiran sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 12/1, Pandan Indah, di sini.



Dalam kejadian kira-kira pukul 8.55 malam itu, lelaki warga tempatan berusia 28 tahun itu pada mulanya dilaporkan mahu me­ngalihkan bungkusan selepas dimaklumkan rakannya sebelum bungkusan yang diletakkan di atas bonet kereta jenis Toyota Corolla Altis meletup.

Akibat letupan itu, mangsa cedera parah dan disahkan me­ninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Ampang, pada pukul 9.45 malam.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 1-1-2023 02:59 PM
Apa isi bugkusan tu
Quote green~tea 1-1-2023 03:03 PM
Punca kena letup tu apa dia... pelik nya tukang masak ada musuh?? Ah long ke
Quote Artemesiaa 1-1-2023 03:08 PM
Jadi kes ni ramai dah mula cuak kalau nampak barang ditinggalkan atas kereta.  Satu lagi yang selalu nampak sampah sendiri letak atas kereta sebab lupa nak buang dalam tong sampah.
Quote antikorok 1-1-2023 03:22 PM
Malaysia dah nak jadik mcm negara terpaling Yindon dan Thai perot ijauuu
Quote batmana 1-1-2023 05:18 PM
https://twitter.com/defence_asia/status/1608642120860184576
rasa salah org ni, dia cume pekerja situ
mgkin target owner kedai
Quote Belibis 1-1-2023 08:14 PM
Macam mana wartawan kosmo boleh call sarah??
Quote Nham22 1-1-2023 08:54 PM
Biasela ah long nak kasi warning... Depa akan buat pd org sekeliling yg meminjam tuu...
Quote sharlenetexas 1-1-2023 09:11 PM
Tele es ada cakap apa2 tak?


Quote PEPPERMAN 1-1-2023 09:13 PM
dalam video, tak nampak macam mampu menggegar tingkat 13 pun..
Quote borrow 1-1-2023 09:14 PM
apa kes ek?
Quote downiey 2-1-2023 02:57 PM
innalillahiwainnalillahirojiun
Quote Miss_LoveLeen 3-1-2023 02:09 AM
Pkl 4 ptg hari kejadian, meolss singgah kat parcelhub sederet dgn restoran ni. Selang kurang 10 kedai je. Terkejut baca kat fb tentang kejadian ni. Scary betul
Quote apech 3-1-2023 09:06 AM
Belibis replied at 1-1-2023 08:14 PM
Macam mana wartawan kosmo boleh call sarah??

wartawan itu adalah sarah
Quote che-cikL 3-1-2023 09:10 AM
Apa caption kat gambar hospital macam caption Mastika je?
Quote dudaberhias 3-1-2023 09:14 AM
ah long atau kongsi gelap la tu... atau tak bayar wang perlindungan... bisnes2 kat area bandar ni memang hanjs sikit di ganggu dek gangster2 sampah sarap....
Quote supernaturalee 3-1-2023 10:28 AM
che-cikL replied at 3-1-2023 09:10 AM
Apa caption kat gambar hospital macam caption Mastika je?

haah lah

klu dulu2 gambar org sambil tunjuk arah tempat kejadian
"di sinilah lokasi pembunuhan tersebut" - lbh kurnag gitu lh captionnya




Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.195349 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top