CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Belum Setahun, A. Aida Antara Ahli Lembaga Finas Ditamatkan Perkhidmatan

1-1-2023 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2779| Komen: 8

Selepas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Senator Datuk Seri Zurainah Musa ditamatkan perkhidmatan, enam lagi ahli lembaganya turut menerima nasib serupa, belum sampai setahun berkhidmat dalam agensi itu.


Mereka termasuklah Datuk A. Aida, Zed Zaidi, Ahmad Ibrahim (Mat London), Datuk Seri Rosmadi Ismail, Adam Ham Kou Hee dan Shures Ratnakrishnan.

Penamatan itu berikutan perubahan kerajaan yang menyaksikan portfolio Kementerian Komunikasi dan Multimedia diberi nama baharu kepada Kementerian Komunikasi dan Digital diterajui Fahmi Fadzil sebagai menterinya.


mStar

Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim berkata, perkara itu selari dengan surat dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) bertarikh 14 Disember 2022 yang mana semua perkhidmatan dengan lantikan polititk ditamatkan serta merta.


Nasir memberitahu perubahan tersebut adalah perkara biasa dalam mana-mana agensi dan tiada sebarang isu apabila kesemua ahli lembaga pengarah Finas ditamatkan kontrak mereka.

“Itu (penamatan kontrak) adalah keputusan menteri selari dengan surat KSN yang telah dikeluarkan, jadi saya tidak boleh komen lanjut tentang hal tersebut.

“Dalam mana-mana perbadanan pun, ahli lembaga akan bertukar-tukar. Apa yang penting ialah ahli baru nanti bersikap jujur dan ikhlas untuk memartabatkan industri perfileman negara.“Tidak kira siapa yang ambil alih, kita perlu utamakan pemikiran untuk capai matlamat yang sama,” katanya ketika dihubungi mStar.

Perkhidmatan mereka berakhir sehingga 16 Disember lalu.

Dalam pada itu, ditanya tentang nama baharu yang bakal menerajui agensi itu Md Nasir menjelaskan kerusi tersebut masih kosong dan ia terletak bawah kuasa penuh Menteri Komunikasi dan Digital.

Terbuka menerima siapa sahaja yang bakal mengisi kekosongan itu, Md Nasir berharap ia diterajui individu profesional selain dapat membawa agensi itu ke tahap lebih tinggi.

“Ada pelbagai desas-desus dan banyak nama disebut untuk menjadi pengerusi namun lantikan tersebut merupakan kuasa penuh menteri dan nama akan dibentangkan kepada Perdana Menteri. Saya sendiri belum tahu siapa orangnya.

“Ramai yang mahu melobi untuk menjadi pengerusi dan CEO. Tetapi janganlah sampai merendahkan orang lain untuk dapatkan jawatan tersebut.

“Individu yang dilantik haruslah bersikap profesional dan tunjukkan apa hala tuju yang ingin dilakukan apabila berada dalam Finas,” ujarnya.

Setakat ini antara nama yang disahkan sudah dipilih menjadi ahli lembaga agensi itu ialah bekas wartawan Utusan Malaysia, Noor Azam Shairi.

Sementara itu, bercakap tentang perancangan Finas 2023, Md Nasir berkata pihaknya sudah merangka Pelan Strategik 2023-2028 yang bakal menjadi panduan Finas.

Masih dalam peringkat perbincangan dan penambahbaikan, Md Nasir berharap ahli lembaga yang baharu nanti dapat menyumbang idea bagi mengukuhkan lagi pelan tersebut.

“Saya melihat semula apa yang telah dilakukan oleh semua pengerusi dan pengarah Finas terdahulu. Bagi saya perlu ada kesinambungan yang jelas supaya sesiapa sahaja yang memegang jawatan dapat menjalankan tugas dengan baik.

“Pelan itu bukan sekadar suka-suka, sebaliknya saya ada pengetahuan melakukkannya. Ia akan dibentangkan kepada ahli perbadanan baru dan mereka boleh memberi idea untuk dimurnikan,” jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 1-1-2023 02:52 PM
performance out!!!
Quote dudaberhias 1-1-2023 02:54 PM
sape la dengki dengan nek aida yang mempunyai prinsip semua pelakon kena herlokkk... dah la kaka team nek aida tak kosserr nak nengok kelindan lori dan makcik baru lepas balik buat bendang kat TV tuhhh... yihhhhh
Quote EraPajura 1-1-2023 03:56 PM
Ummm..Berkhidmat la sangat.
Quote dino 1-1-2023 07:51 PM
dudaberhias replied at 1-1-2023 02:54 PM
sape la dengki dengan nek aida yang mempunyai prinsip semua pelakon kena herlokkk... dah la kaka tea ...

ceo awesome tv tegur bab tu.. dok bwk mulut cite takde byr producer. low class gile… bila org tegur justify apa yg die tegur tu.. ni melalut bergosip bagai haha
Quote sleepandream 1-1-2023 10:24 PM
finas ni la yg bg dana 1.8 juta dkt filem solsol matkilau...
dah untung banyak baru tau lupa bagi kredit dekat poster...
habis gitu jah duit pembayar cukai...
Quote anilanil 1-1-2023 10:29 PM
Ala..baru verangan nak tengok tokda buat filem cinta ala bollywood hero & heroin hatta extra jadi tukang kebun muka herlok.
Quote putericahaya999 2-1-2023 07:23 PM
Voterita rudaini
Quote winky1 2-1-2023 08:05 PM
Yay. ......

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.038192 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top