Lelaki tikam kura-kura peliharaan dengan kayu selepas menceroboh sebuah premis prasekolah di Amerika Syarikat (AS) terlepas hukuman penjara.
Daily Star melaporkan, Georges Robles diarah menjalani rawatan mental dan dilarang memelihara haiwan selama 10 tahun susulan serangan itu. Kejadian berlaku di Prasekolah Play ‘n’ Learn, San Jose Timur pada Januari 2021. Robles berada di Penjara Daerah Santa Clara sejak hampir dua tahun lalu kerana menyerang seekor kura-kura berusia 70 tahun bernama Michelangelo.
Kura-kura baka Sulcata dari Benua Afrika yang jarang ditemui itu telah dirawat dan kembali sihat pada tahun lepas. “Dia (Robles) mempunyai peluang yang lebih baik di sana, begitu juga masyarakat, berbanding menghantarnya ke penjara. “Tiada ancaman bahawa kejadian sama akan berulang. Ini adalah perkara yang jarang berlaku. Ketika kejadian, Robles sangat mabuk dan menganggap kura-kura itu sebagai sesuatu yang lain,” kata Hakim Robert Hawk. Menurut akhbar Mercury News, siasatan polis bandar San Jose mendapati seorang jiran berhampiran prasekolah itu melihat Robles ‘menjerit dan membaling barang’ di taman permainan, lalu menghubungi perkhidmatan kecemasan. Apabila pemilik prasekolah tiba, dia mendapati kura-kura itu dalam keadaan berdarah dengan sebatang kayu pagar berukuran 15 sentimeter (sm) tertusuk ke dalam cengkerangnya. Wanita itu juga mendapati batang penyapu laman tersepit di antara kepala dan kaki kura-kura tersebut, sebelum berjaya ditarik keluar. Robles yang menemui lampu jalan turut memecahkan kaca di belakang haiwan malang itu. Ia kemudian dibawa ke klinik haiwan berdekatan untuk rawatan kecemasan. Dua hari kemudian, Robles kembali ke sekolah untuk mencuri barang elektronik dan merosakkan bangunan ketika sedang mabuk atau berada di bawah pengaruh dadah. Robles yang dikaitkan dengan dua rompakan lain dilarang berada berhampiran prasekolah tersebut, selain ditegah memiliki sebarang bentuk dadah atau alkohol seumur hidupnya. Sumber: Kosmo
|
batmana replied at 1-1-2023 05:13 PM
kalau dh mabuk, dgn adik bradik pun boleh bunuh
dgn adik pmpn pn bole dirogol
dgn bwa kete pun bole ...
batmana replied at 1-1-2023 05:13 PM
kalau dh mabuk, dgn adik bradik pun boleh bunuh
dgn adik pmpn pn bole dirogol
dgn bwa kete pun bole ...
ADVERTISEMENT