Suasana di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia kecoh seketika, apabila ada penyokong 'terlalu' bertenaga memberi semangat kepada pasukan bola sepak kegemaran.
Kejadian itu berlaku ketika perlawanan Indonesia menentang Thailand dalam saingan Kumpulan A Piala AFF 2022 pada Khamis. Menerusi video tular, seorang penyokong Indonesia dilihat berdiri di atas pembesar suara yang ditempatkan di suatu sudut tinggi. Perkara itu dilakukan sambil memberi sorakan kepada pasukan kebangsaan semasa perlawanan. "Turun, turun," jerit penyokong lain di dalam stadium yang bimbang sekiranya lelaki bertopi itu terjatuh dari pembesar suara tersebut.
Bertindak biadab, lelaki itu kemudian menutup mulutnya dengan jari telunjuk. Aksinya seolah-olah memberi isyarat kepada penonton lain untuk duduk diam dan tidak mengganggunya. Dalam video berasingan, seorang lagi penonton yang memakai baju hitam datang menghampirinya lelaki tersebut. FB Majoriti Tanpa berlengah, dia menarik lelaki bertopi itu ke tempat duduk penonton, sebelum berlaku pergaduhan sesama mereka. Sementara itu, pihak polis mengesahkan masih belum menerima sebarang laporan berhubung perkara tersebut. Dalam perlawanan itu, Thailand yang juga juara bertahan hampir pasti menjuarai Piala AFF tersebut, apabila terikat 1-1 dengan Indonesia. Sumber: Majoriti
|
Nurdianah replied at 30-12-2022 09:49 PM
Memalukan dunia bethol sis.. English Football League tiap2 minggu tak der pon yg cam chimpanzee lap ...
Supersirap replied at 30-12-2022 10:45 PM
Kalau jatuh sia-sia je
CiliPadiSedap replied at 30-12-2022 11:47 PM
Bodoh indon dah mati banyak dalam stadium sikap tak nak berubah
Bukan fifa nak ban ke indon dari an ...
sharlenetexas replied at 30-12-2022 10:22 PM
Tak serik2 deyols ni beratus2 mati. Sib baik fifa tak ban indon jongos caprut ni.
Skuau replied at 30-12-2022 11:53 PM
rakyat depa beratus juta tu..bior la...
kerunai replied at 30-12-2022 11:54 PM
stupid marba indogs
CiliPadiSedap replied at 31-12-2022 12:00 AM
Fifa bukan peduli pun kelab corot. Patut ban lah dan hantar pegawai buat siasatan
Kalau ada penam ...
CiliPadiSedap replied at 31-12-2022 12:05 AM
Indon dengan stinger dua2 bodoh. Harap di kahwinkan je. Biar aman cariforum
CiliPadiSedap replied at 31-12-2022 12:05 AM
Indon dengan stinger dua2 bodoh. Harap di kahwinkan je. Biar aman cariforum
ADVERTISEMENT