CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aung San Suu Kyi Ditambah Hukuman Penjara Tujuh Tahun Lagi

30-12-2022 07:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1302| Komen: 11

Pemimpin demokrasi Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun lagi selepas siri perbicaraan panjangnya berakhir hari ini, dengan pemenang Hadiah Nobel itu kini berdepan lebih tiga dekad di penjara.


Tahanan tentera sejak rampasan kuasa tahun lalu, Suu Kyi, 77, disabitkan atas setiap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dari rasuah hinggalah memiliki walkie talkie secara haram termasuk melanggar sekatan Covid-19.


The New York Times

Suu Kyi dipenjarakan selama tujuh tahun atas lima pertuduhan rasuah yang berkaitan dengan pengambilan, penyelenggaraan dan pembelian helikopter untuk menteri kerajaan, di mana beliau didakwa menyebabkan kerugian kepada negara.


Suu Kyi sudah dijatuhkan hukuman penjara selama 33 tahun selepas prosiding mahkamah selama 18 bulan walaupun ditolak kumpulan hak asasi manusia sebagai palsu.

“Semua kesnya telah selesai dan tiada lagi pertuduhan terhadapnya,” kata sumber itu yang enggan dikenali kerana tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media.

Wartawan dihalang daripada menghadiri perbicaraan dan peguam Suu Kyi disekat daripada bercakap kepada media.

Kata seorang wartawan AFP di bandar itu, jalan menuju ke penjara yang menahan Suu Kyi di ibu kota yang dibina tentera Naypyidaw lancar daripada kesesakan lalu lintas menjelang keputusan itu.

Jelas sumber, bekas Presiden Myanmar, Win Myint yang dituduh bersama Suu Kyi dalam perbicaraan terbaharu itu, turut menerima hukuman sama dan kedua-duanya akan membuat rayuan.

Sumber itu turut memberitahu Suu Kyi dilihat berada dalam keadaan sihat.

Sejak perbicaraan dimulakan, pemimpin itu hanya dilihat sekali dalam gambar yang kurang jelas dari dalam mahkamah kosong dan bergantung kepada peguam untuk menyampaikan mesej kepada dunia.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TOPwind 30-12-2022 08:44 PM
padan muka diani kan anti Islam
Quote cheezel 30-12-2022 09:09 PM
Lamanya dia dlm penjara dari aku kecik
Quote Nurdianah 30-12-2022 09:41 PM
Sesuai muka ko sis. Ko konon nak berbaik2 la dgn general Junta militia skrg ko yg kena 33 tahun sis!
Quote eyansss 31-12-2022 03:21 AM
Edited by eyansss at 31-12-2022 03:23 AM
cheezel: Lamanya dia dlm penjara dari aku kecik

tapi dulu tu dia house arrest rasanya…  bukan dalam penjara…
Quote j3m4h 31-12-2022 04:39 AM
Root in jail ye nek…84yrs on 2029 kalo idop lg ..
Quote margo20 31-12-2022 09:51 AM
Haiyo hilang nikmat hidup klu lama sgt duk lam penjara
Quote Tinot7 31-12-2022 10:23 AM
TOPwind replied at 30-12-2022 08:44 PM
padan muka diani kan anti Islam

Berita mana habaq dia anti-Islam?
Quote becir 31-12-2022 12:08 PM
Anak sulung dia tepuk tangan ke tak agaknya
Quote kemaruk 31-12-2022 12:13 PM
TOPwind replied at 30-12-2022 08:44 PM
padan muka diani kan anti Islam

Maksudnya acik2 kat malaysia pon anti islam lah kerana benci rohingya?
Quote Decaffeinated 31-12-2022 02:13 PM
TOPwind replied at 30-12-2022 08:44 PM
padan muka diani kan anti Islam

Yang hantar dia ke penjara ni pro Islam ka? Cerah masa depan Rohingya.




Quote zarulnazmi 1-1-2023 12:19 PM
Teringat Michelle Yeoh berlakon watak dia. Nampak berani je berdiri depan hujung senapang.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.214201 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top