Polis menahan seorang peniaga lelaki berusia 34 tahun selepas disyaki merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, lelaki itu ditahan pada Khamis jam 5 petang di warungnya selepas mangsa membuat laporan polis pada jam 2.28 petang pada hari yang sama.
"Mangsa mendakwa telah dirogol oleh bapa tirinya pada 10 Disember lepas kira-kira jam 8 malam ketika sedang tidur di ruang tamu rumah. Susulan kejadian itu, mangsa menceritakan kepada kakaknya sebelum laporan polis dibuat. "Mangsa turut mendakwa mula dirogol oleh suspek sejak tahun lepas sehingga kali terakhir pada 10 Disember lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol telah membuat tangkapan ke atas suspek dan lelaki itu direman selama tujuh hari mulai Jumaat bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan. "Mangsa kini diletakkan di bawah jagaan neneknya sementara pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat kelulusan bagi permohonan perlindungan interim (IPO) terhadap mangsa. "Kes seterusnya disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan," katanya. Sumber: Sinar Harian
|
edayildiz replied at 30-12-2022 11:53 AM
kesiannyaa..nape suka suki rogol ank tiri..ada wife kan pergi la mitk..
xfhm la apa yg perogol nak l ...
gigahertz replied at 30-12-2022 10:34 PM
Budak budak remaja ni dia raw dan fresh
yang masuk tu pakcik ke abang ke bf ke
Dia tadah je.
edayildiz replied at 30-12-2022 02:49 PM
xfhm..ni mcm ckp slh mangsa jer
ke i slh faham dr ayt tu
otai_g replied at 31-12-2022 03:55 PM
Tu la padahnya bila wanita yg x da laki tp ada anak pg kawen lain. mak mangsa pun ada Salah gak dlm ...
ADVERTISEMENT