CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Brazil Berkabung 3 Hari Susulan Kematian Pele

30-12-2022 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 703| Komen: 2

Brazil mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari berikutan kematian legenda bola sepak Brazil, Pele pada Khamis.

“Tempoh berkabung itu bermula dari tarikh penerbitan Dekri ini sebagai tanda kesedihan atas kematian Edson Arantes do Nascimento, Pele, bekas pemain bola sepak,” lapor Anadolu Agensi memetik dekri yang ditandatangani Presiden Jair Bolsonaro.



Sky Sports

Bolsonaro menerusi ciapan di Twitter berkata Pele membawa nama Brazil di persada dunia menerusi bola sepak dan mengubah sukan itu menjadi kesenian dan kegembiraan.

Penghormatan terakhir untuk Pele akan berlangsung pada Isnin sehingga 10 pagi Selasa, menurut portal berita Brazil G1.

Orang ramai dibenarkan untuk melakukan penghormatan terakhir dalam tempoh itu.

Ikon bola sepak itu akan dikebumikan pada 3 Jan di Memorial Necropole Ecumenica.

Pencapaian "Raja Bola Sepak" belum dapat ditandingi kerana Pele adalah satu-satunya pemain bola sepak yang menjulang Piala Dunia sebanyak tiga kali pada 1958, 1962 dan 1970.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 30-12-2022 11:15 PM
Salam takziah kepada keluarga
Quote kakikuDibibirmu 30-12-2022 11:17 PM
Hukaloh buah mempele

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.037649 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top