CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ruang Akademik Tak Boleh ‘Dicabul’ Politikus, Biar Yang Arif Terajui Bidang Pendidikan - Maszlee

30-12-2022 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1409| Komen: 13

Ruang akademik tidak boleh ‘dicabul’ orang-orang politik dan sepatutnya diteraju mereka yang arif dalam bidang pendidikan, bukan ahli politik.

Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menegaskan, era menghukum ahli akademik yang mengkritik kerajaan juga sepatutnya berakhir dan beliau mengharapkan Kerajaan Perpaduan memastikan ‘era punitif’ sebegitu dihapuskan.


Begitupun, beliau mengingatkan ahli akademik supaya menulis dengan berfakta dan sekiranya ada ahli akademik menjadi lidah parti politik, ia sedikit sebanyak menjatuhkan standard mereka.


FB Maszlee

“Universiti adalah untuk masyarakat. Universiti menjadi penyelesai kepada kemelut, masalah yang dihadapi negara dan berikan solusi. Itu peranan universiti.


“Bagi para intelektual, mereka merupakan pencerah kepada masyarakat dan menjad penyuluh kepada hala tuju.

"Maka mereka tidak boleh dikongkong oleh penguasa, tidak boleh terikat dengan ideologi apatah lagi dikawal pemerintah yang sepatutnya datang dan pergi.

“Mereka tetap kekal ada walaupun ada waktu mereka menongkah arus, tapi mereka juga mendokong dan mencorakkan arus.

“Maka ia perlu bermula dengan visi jelas pemerintah itu sendiri di mana mereka nak bawa pendidikan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Seminar Dasar Awam di Dewan Perdana Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, pada Jumaat.

Maszlee juga berharap agar kerajaan memberi autonomi kepada Insititusi Pengajian Tinggi (IPT) sebagai otak kepada negara, penyelesai kepada masalah sebenar masyarakat.

“Pendidian itu begitu sarat dengan pengaruh politik, pernah cuba dicairkan tapi dengan realiti hari ini, usaha pencairan itu perlu kepada satu desakan daripada warga akademik itu sendiri supaya ia jelas berlaku.

“Walaupun di tampuk pemerintahan sekarng, ada orang reformasi tapi kena ingat, kerana ini Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Campuran atau apa saja namanya, kita tidak boleh harapkan keseluruhan agenda reformasi itu akan berlaku,” ujarnya.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 30-12-2022 05:30 PM
Ah, Maszlee.

Cakap memang senang.
Quote vespa_oren 30-12-2022 06:24 PM
bukan dia yg letak jawatan hari tu
tpi menteri pendidikan skrg ambil jalan safe
ikut jer xada dasar baru
Quote AcikBuncit 2-1-2023 11:54 AM
Ko pn bkn function sgt pn maszlee..
Quote ina_na 2-1-2023 12:58 PM
Ape la agaknye perasaan dia skrg..dl dia yg letak jawatan.. p join PKR..agaknye ingat dia dpt jd menteri pendidikan siap up post kat fb p gunting rambut..sekali hakak ape tu nama nye yg jd menteri pendidikan.. timbalan menteri pun x sangkut..kiciwa x agaknye..
Quote Cokoro 2-1-2023 01:07 PM
Maszlee cakap je tapi action seiring tak. Btw iols bru first time dgr muntri yg baru ni berucap. Mcm dgr ustazah bagi ceramah plk nada dia tu
Quote vespa_oren 2-1-2023 01:29 PM
ina_na replied at 2-1-2023 12:58 PM
Ape la agaknye perasaan dia skrg..dl dia yg letak jawatan.. p join PKR..agaknye ingat dia dpt jd men ...

dia kalahkan xkn nk naik sebagai senator
Quote mbhcsf 2-1-2023 01:30 PM
mamat ni tak payah cakap banyaklah. jadi  je actor ...pi korea ...berlakon sama  Joong Ki hahahahaks
Quote plywood 2-1-2023 01:34 PM
boleh tak mamat ni jangan bercakap pasal pendidikan.. sangat merimaskan. pasal kasut hitam perkara remeh temeh pun boleh jadi isu berbulan-bulan....
Quote ina_na 2-1-2023 04:00 PM
vespa_oren replied at 2-1-2023 01:29 PM
dia kalahkan xkn nk naik sebagai senator

Dr gaya dia ari tu mcm nk naik dr senator..siap lps Pak Non angkat sumpah,Kan dia leh p letak kat fb tuk ape tah mcm lantik dia jd menteri pendidikan mcm tu .ade yg cikgu Fadhli duk sound dia.. aku cuma nak tau je .pe dia rs dia dah elok2 jd menteri..tb2 p letak jawatan.. agaknye ms tu dia kn hasut dgn sape la..ni dah siap letak kat fb konon mcm Pak Non sblm angkat sumpah letak gambar gunting rambut...sekali dipinggirkan begitu sahaja.. agak2 nye terasa kesal tak dah elok2 jd menteri p letak jawatan..Kalo atok tu x heran la dia dah penah jd PM dua puluh thn lebih..
Quote Solokkk 3-1-2023 01:44 PM
Nko dulu pun letak jawatan menteri pendidikan. Sembang…..
Quote syamzana 3-1-2023 01:50 PM
ellehhhh agaknya bila la tu ahli akademik blh bersuara. bersuara sikit terus dtg surat itu ini.
angguk2 geleng2 je la ikut kata org atasan.
Quote jas7512 3-1-2023 01:53 PM
Bkn kah dia dinasihatkan atuk utk letak jawatan gara2 yes kot
Quote Orix 3-1-2023 01:54 PM
heols ms pegang KPM dulu ok je, ummah2 propaganda cytro BN yg kuat buat kecoh .. tapi sekarang sbb dia dh jd ahli PKR, iols pn nak memadankan muka heols

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.151335 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top