CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JAWI Tahan 50 Individu Beragama Islam Minum Arak

30-12-2022 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1586| Komen: 18

50 individu beragama islam ditahan membabitkan kesalahan berkaitan minuman keras dalam serbuan ke atas sembilan kelab malam di sekitar ibu negara pada Khamis.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Jabatan Pendaftaran Negara(JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM).


Seorang individu ditahan selepas ujian urin didapati positif. Foto DBKL

"Operasi bersepadu dijalankan di sekitar Taman Shamelin, Taman Maluri, Jalan Metro Pudu, Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur bermula jam 11.00 malam Rabu dan berakhir pada jam 3.30 pagi, Khamis.


"Hasil pemeriksaan terhadap pengunjung yang terdiri daripada warga tempatan serta warga asing di sembilan premis berkenaan membawa kepada penahanan 26 lelaki dan 24 wanita oleh pihak Jawi," menurut kenyataan di Facebook pada Khamis.


Seorang individu ditahan selepas ujian urin didapati positif. Foto DBKL

DBKL memberitahu, kesemua individu berkenaan ditahan berhubung kesalahan berkaitan minum arak dan diberikan Surat Perintah Hadir (SPH) ke Bahagian Penguatkuasaan Jawi mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, seorang individu ditahan AADK di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas ujian urin didapati positif.


DBKL mengeluarkan notis penutupan terhadap empat buah premis berkenaan. Foto DBKL

"DBKL turut membuat tindakan penutupan (sealed) serta merta terhadap empat (4) buah premis di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 termasuk membuka 3 kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b).

"Sebanyak tiga notis kompaun dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL) 2016 (melantik pembantu tanpa kebenaran) dan UUK Iklan (WPKL)1982 ( pamer iklan tanpa kebenaran)," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote M5 30-12-2022 04:52 PM
Dbkl pi pindah ke serambi mekah la
Quote gurlfriday 30-12-2022 04:58 PM
Not suprising at all
Quote sharlenetexas 30-12-2022 04:59 PM
Tulen ke tu?


Quote pooh~key 30-12-2022 07:25 PM
Macam mana ya nak jadikan ic akak tertulis perkataan kafir kat ic sis? So that lepas tu akak boleh happy2 menom arak tanpa rasa takut2 kena gari segituh sis?

Pada masa yang sama akak taknaklah darah akak jadi halal sebab murtad oleh teroris2 sis.
Quote mojarean_X 30-12-2022 07:34 PM
pooh~key replied at 30-12-2022 07:25 PM
Macam mana ya nak jadikan ic akak tertulis perkataan kafir kat ic sis? So that lepas tu akak boleh h ...

X de cara kak. Smpi ke liang lahad lah IC kak pooh~key tu tulis muslim
Quote becir 30-12-2022 07:38 PM
Ni kelab malam picisan macam dalam gerak khas Yusuf haslam ke? Kalau kat hotel2 5 star sure tak kena kan. Teringat arwah pokcik pristine kasitau bar kat subang takkan kena raid punya sebab pegawai polis atasan mmg selalu dtg situ
Quote hyie 30-12-2022 07:43 PM
entah apa yang best tonggang arak ni...feeling urban barangkali? persis fefeeling sambut xmas sebegitu
Quote edayildiz 30-12-2022 07:50 PM
kalau pergi club tp xmnm dosa jgk ke?
#tanyaje
Quote selipar_hijau 30-12-2022 08:11 PM
Minum kat club pun takleh ke? Aku tanya soklan serius ni
Quote samperit 30-12-2022 08:42 PM
selipar_hijau replied at 30-12-2022 08:11 PM
Minum kat club pun takleh ke? Aku tanya soklan serius ni

boleh tp at your own risk. kalau serbuan tu ada JAWI mcm ni, mmg kena lah.
Quote lurve82 30-12-2022 08:58 PM
Best ke minum alkohol? Aku minum air gas pun sakit kepala telinga segala
Quote sharlenetexas 30-12-2022 08:59 PM
Edited by sharlenetexas at 30-12-2022 09:01 PM
hyie replied at 30-12-2022 07:43 PM
entah apa yang best tonggang arak ni...feeling urban barangkali? persis fefeeling sambut xmas sebegi ...


Teringat pulak acik kakpam msbok2 terbongkang terkang2 kat suzie wong takde sape yg terliur.


Quote Nurdianah 30-12-2022 09:46 PM
Vaping tak nak pulak ko gi serbu.. vaping halal ker tu?
Quote Raline 31-12-2022 01:46 AM
sembang la JAWI
berapa tahun club malam beroperasi berapa kerat je yg dia tahan?????
Quote LadyCarefree 31-12-2022 03:02 AM
selipar_hijau replied at 30-12-2022 07:11 PM
Minum kat club pun takleh ke? Aku tanya soklan serius ni

Dah jadi mcm klate pulak.
Quote intan244 31-12-2022 03:42 PM
minum arak tu dosa besar ya kalau ada yg xtahu.
Quote nakkomenjugak 2-1-2023 02:40 PM
iol memang tak boleh go langsung dengan arak
macam minum air Panadol soluble
Quote stingerpotpet 2-1-2023 02:43 PM
becir replied at 30-12-2022 07:38 PM
Ni kelab malam picisan macam dalam gerak khas Yusuf haslam ke? Kalau kat hotel2 5 star sure tak kena ...

FOURSEASONS executive lounge tersenyum mengekek....red wine, jin tonic,  alcohol .......jln terusssssssssss

Kalo berani naik ler.....buat serbuan

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.086490 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top