Seorang calon ijazah doktor falsafah (PhD) berasal dari China menerima kritikan ramai apabila didakwa memalsukan kelayakan akademiknya hanya memiliki kerana paras rupa yang cantik.
Kate Zhu Wenqi, 28, mendapat perhatian umum di media sosial di negara itu selepas berkongsi gambar menerima ijazah sarjana keduanya, pada Mac lalu. Perkongsian gambar terbabit dilihat oleh lebih 160 juta orang. Menurut pengguna Weibo di China, Zhu mungkin memalsukan kejayaan akademiknya yang mengagumkan dalam matematik di Universiti Oxford, United Kingdom, kerana penampilannya dilihat tidak sesuai dengan imej tipikal 'ulat buku'. South Morning China Post pula melaporkan, kempen buli dilancarkan oleh mereka cemburu dengan pencapaian Zhu yang turut gemar berkongsi gambar gaya hidupnya yang suka berseronok.
Pengikutnya sering diberi gambaran mengenai hobinya mengembara, berdayung, mendaki, bermain golf dan menunggang kuda. Beliau sebelum ini memperoleh ijazah sarjana pertamanya sebelum bekerja di bank JP Morgan dan Goldman Sachs di Hong Kong sebelum melanjutkan pengajian untuk ijazah sarjana kedua di Universiti Oxford. Wanita itu menamatkan pengajian itu pada Mac tahun ini dan kini melanjutkan pengajian pada peringkat PhD dalam bidang Matematik. Minggu lalu, Zhu mendakwa mengalami tekanan emosi sejak setengah tahun lalu, tetapi ditanganinya melalui galakan dan sokongan orang lain. "Adakah mengambil swafoto bermakna orang itu lemah dalam belajar? Sudah tiba masanya untuk memecahkan stereotaip ini. "Saya cuma nak cakap selagi stereotaip itu wujud, ia harus disingkirkan," katanya. Di sebalik kebencian diterimanya, beliau turut mendapat banyak mesej sokongan untuk menamatkan pengajian. Sumber: Harian Metro
|
Menurut pengguna Weibo di China, Zhu mungkin memalsukan kejayaan akademiknya yang mengagumkan dalam matematik di Universiti Oxford, United Kingdom, kerana penampilannya dilihat tidak sesuai dengan imej tipikal 'ulat buku'.
matamata replied at 30-12-2022 06:50 PM
JP Morgan dgn Goldman Sach... Bukan kecik2 anak punya bank...
dani-rox replied at 30-12-2022 06:54 PM
ohh yg gambar first tu takda filter... Okaaayy
sharlenetexas replied at 30-12-2022 03:46 PM
Cantik ke?
TOPwind replied at 30-12-2022 08:41 PM
jika awak tak mau saya mau
cantik pe
ADVERTISEMENT