Kuala Lumpur International Craft Festival (KLICF 2015) merupakan salah satu aktiviti anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Kraftangan Malaysia pada 10 hingga 13 September bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.
Acara gilang gemilang ini adalah rentetan daripada pelancaran Malaysia Festival Year (MyFEST) 2015 yang bertujuan untuk membawa masuk pelancong terutama dari luar negara. Di samping itu juga pengguna berpeluang untuk mendapatkan produk kraf dari luar negara yang turut dipamer dan dijual sepanjang tempoh festival berlangsung.
Objektif penganjuran festival ini adalah untuk mempromosikan keunikan produk kraf dari 32 buah negara seperti Azerbaijan, Brunei, Bhutan, Bosnia, China, Ecuador, Egypt, Ghana, India, Indonesia, Iran, Japan, Jordan, Kazakhstan, Kenya, Mauritius, Mexico, Morocco, Nepal, Peru, Filipina, Pakistan, Republic Of Guinea, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Tanzania, Thailand, Turki, Uzbekistan, Venezuela, Amerika Syarikat dan juga dari dalam Malaysia. Seramai 430 orang usahawan kraf antarabangsa dan tempatan akan turut seta dalam menjayakan program ini melalui aktiviti jualan, demonstrasi serta persembahan kebudayaan sepanjang 4 hari tempoh festival berlangsung. Daripada jumlah tersebut seramai 150 orang adalah usahawan antarabangsa dan 250 orang adalah usahawan kraf domestik. Setiap negara mempunyai seni kraf yang unik dan menarik. Oleh itu, telah dijemput seramai 20 orang juru demo antarabangsa dan tempatan untuk menunjukkan kepakaran membuat produk kraf masing-masing. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.klicf.com/
|
7
Bagus |
8
Marah |
15
Terkejut |
9
Sedih |
13
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT