CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laki Bini Tak Mengaku Aniaya Anak 8 Tahun Hingga Cedera, Mohon Diberi Jaminan Rendah

30-12-2022 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1230| Komen: 5

Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelaki mereka yang berusia lapan tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan, minggu lalu.


Tertuduh, Abu Bakar Rahman, 32, dan isterinya, Andia Rosa, 35, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi.


Gambar hiasan

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak lelaki mereka, dengan sengaja menganiaya kanak-kanak itu sehingga menyebabkan kecederaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Segambut Tengah di sini pada 23 Disember lalu.


Pasangan suami isteri itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lynn menawarkan jaminan RM20,000 terhadap tertuduh Abu Bakar manakala Andia tidak ditawarkan jaminan kerana wanita itu warganegara Indonesia.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon diberikan jaminan rendah.

“Saya mempunyai lima tanggungan termasuk menyara ibu saya yang merupakan ibu tunggal,” kata Abu Bakar.

Mahkamah kemudian membenarkan Abu Bakar diikat jamin RM10,000 manakala Andia tidak dibenarkan diikat jamin.

Tarikh 16 Januari ini ditetapkan untuk sebutan kes. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 30-12-2022 03:56 PM
Goblok sungguh kamu ya sbg ibu sanggup mendera darah dagingmu sendirik! - kata meolls sambil membeliakkan bijik mata bak cerita sineteron
Quote mejaputih 30-12-2022 03:58 PM
Dlm kes ni thanks to yang alert sblm parah atau meninggal...
Quote Supersirap 30-12-2022 11:18 PM
Semoga mereka ni insaf dan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku
Quote Carcosa 30-12-2022 11:32 PM
Eikhhhhh area Segambut tu, choiiii. Mmg byk Yindon.
Semakkkk kalau tetiba Waze divert meols lalu area sana Jalan dahla kecik, motor selamba babi ye keluar simpang. Dahla pintu kedai/rumah diorang sedepa je dgn jalan. Kdg ghiso je, kang ada anak2 beruk diorang kang main lintas je kang, akuuu jgk yg kena gantung lesen. Kalau Waze divert meols ke Segambut tu, cepat2 meols derhaka dgn Waze.
Pandai la dia find alternative route nanti
Quote Sazreena 31-12-2022 04:22 AM
Ye ke anak betul..ke anak nikah siri? Tega ya kamu mendera anak-anak kalian...Setan la pendera ni..tenaga tak match..tak hape yg gile nau gi belasahnya bebudak kecik ni.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.175080 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top