Bilangan guru sekolah awam di Jepun yang mengambil cuti selama sebulan atau lebih kerana mengalami masalah kesihatan mental mencecah lebih 10,000 orang buat kali pertama pada tahun akademik 2021, lapor akhbar The Mainichi kelmarin.
Pendedahan itu dibuat menerusi satu tinjauan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Jepun pada 26 Disember lalu. Bagi tahun persekolahan 2021, seramai 10,944 guru sekolah awam mengambil cuti panjang selama sebulan atau lebih kerana masalah kesihatan mental termasuk kemurungan. Ia merupakan peningkatan sebanyak 15.2 peratus atau 1,448 orang berbanding tahun akademik sebelumnya.
Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun percaya bahawa punca keadaan itu adalah masa bekerja yang panjang. Ia merupakan masalah berterusan di sekolah selain di samping isu peningkatan beban kerja guru muda. Tinjauan tersebut melibatkan kira-kira 919,900 guru di sekolah rendah awam, menengah rendah, menengah atas dan keperluan khas serta institusi lain seumpamanya di seluruh Jepun. Sementara itu, daripada 10,944 guru yang mengambil cuti jangka panjang tersebut, seramai 5,897 tenaga pengajar mengambil cuti lebih 90 hari, yang merupakan had am cuti sakit diperuntukkan kepada mereka. Sumber: Kosmo
|
saviour_09: manakala guru2 di sini berforu ...
KamikuP replied at 30-12-2022 04:14 PM
Guru2 di sini buat partime juaul Avon dan taperware
Adrif replied at 30-12-2022 08:12 PM
makcik aku 2 orang cikgu, dua2 pencen awal
yang sorang tu tinggal lagi 3 tahun je, tapi dah tak ...
caprut replied at 30-12-2022 08:14 PM
Tu baru pencen awal. Tu tk cmpor lg yg cuti pool la, cuti tanpa gaji, cuti belajar la. Lembik cikg ...
Tinot7 replied at 30-12-2022 10:39 PM
Kalau pensyarah2 kat uni, sama jugakk ka stressnya?
jas7512 replied at 30-12-2022 10:59 PM
Depends on studenta..dpt students bebal mcm gen z mmg stress wo tambah2 dgn mgt yg asyik nak menek ...
KamikuP replied at 30-12-2022 04:14 PM
Guru2 di sini buat partime juaul Avon dan taperware
ADVERTISEMENT