Pelakon Nad Zainal memaklumkan bakal membuka ruang reviu produk bagi membantu peniaga kecil bersama teman rapatnya, Ungku Ismail Aziz. Nad atau pemilik nama penuh, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, bagaimana pun menjelaskan reviu yang bakal dibuat itu juga seharusnya bersesuaian dengan Ungku Ismail.
"Selepas ini saya akan mengekalkan waktu sebegini untuk 'live' bersama-sama. Kepada anda yang ingin menggunakan 'paid review' juga boleh menghantar mesej secara peribadi di Instagram saya. "Harga mampu milik dan sehingga pengasas produk berpuas hati. Itu janji saya! Dan sekiranya anda ingin menggunakan 'paid review' kombo, boleh berbuat demikian.
"Namun produk itu harus bersesuaian dengan Ungku Ismail juga. Kalau 'review' baju perempuan, takkan dia hendak memakai baju perempuan pula kan? Jadi kami ada juga 'paid review' berdua. "Mungkin lebih ke arah makanan, harga pun berpatutan kerana inistiatif ini bagi membantu peniaga-peniaga kecil," katanya. Baru-baru ini, Nad menjelaskan status hubungannya dengan Ungku Ismail yang antara individu paling rapat ketika siaran langsung di TikTok, pada Jumaat lalu selepas sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendarahan dalam paru-paru. Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri, di sini, sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Susulan itu, tabung kecemasan bagi mengumpul sumbangan buat Nad turut dilancarkan bagi menampung kos rawatan pelakon itu sejak menerima rawatan di ICU sebuah hospital swasta di ibu kota. Sumber: Harian Metro
|
lyshafull replied at 30-12-2022 04:27 PM
huhuhhuhuhu jaga dri baik2 nad
luang masa dengan anak2
insyaallah ade rezeki lain
kiambang replied at 30-12-2022 04:25 PM
Baik fokus pada pemulihan kesihatan dulu. Luangkan masa dengan anak anak. Bila dah start kerja lagil ...
hotmak replied at 30-12-2022 04:56 PM
murah tu berapa, nak juga tau brp rate artis ni
exclusive_vvip replied at 30-12-2022 06:05 PM
mmg teruk sgt ke dia sakit aritu ek? pelik pulak baru sebulan dah bleh bagi statement, buat live pel ...
ADVERTISEMENT