CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mandi-manda Pagi Jumaat Bertukar Tragedi, Dua Penuntut IPTS Lemas

30-12-2022 02:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1168| Komen: 4

Keseronokan tujuh pelajar sebuah universiti swasta untuk berkelah bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas di Sungai Chiling Peretak, Kuala Kubu Bharu di sini pada Jumaat.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, sebuah jentera dikerahkan sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12 tengah hari tadi.

Dua pelajar berusia 21 tahun lemas ketika berkelah. Foto JBPM

"Seorang daripada mangsa berjaya dibawa naik rakan mereka sebelum ketibaan pasukan penyelamat pada jam 12.22 tengah hari.

"Seorang lagi mangsa berjaya ditemui pasukan penyelamat sekitar jam 12.45," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Norazam berkata, kesemua pelajar berkenaan dipercayai tiba untuk bermandi manda di sungai kejadian pada pagi Jumaat.

Katanya, mangsa yang dikenali sebagai Shaik Rahim Khan Salauddin dan Muhammad Arief Haiqal Azhan masing-masing berusia 21 tahun telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gorjeous 30-12-2022 03:13 PM
Innalilah...
Quote stroberi_80 30-12-2022 03:18 PM
إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote imanjannah 30-12-2022 03:27 PM
innalillahwainnalillahirojiun.. semoga Allah mengampunkan dosa 2 mereka
Quote Nnasda53 30-12-2022 03:28 PM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.052285 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top