CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bot Tempur TLDM Berlanggar Masa Demonstrasi Hari Terbuka Armada

30-12-2022 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 725| Komen: 1

Sebuah bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berlanggar semasa demonstrasi sempena Hari Terbuka Armada 2022 (HTA22) di Jeti Pangkalan TLDM Lumut, semalam.

Jurucakap Markas Pemerintahan Armada Barat, memaklumkan bot tempur terbabit hilang kawalan sebelum terlanggar Kapal Diraja (KD) Laksamana Tan Pusmah semasa melaksanakan demonstrasi bagi memintas bot mencurigakan.

Katanya, insiden itu mengakibatkan badan kapal KD Laksamana Tan Pusmah terkoyak sepanjang 2 x 1 meter (m), manakala bot tempur terbabit kemek di bahagian haluan.


Rakaman bot tempur TLDM melanggar KD Laksamana Tan Pusmah semasa demonstrasi sempena Hari Terbuka Armada 2022 (HTA22) di Jeti Pangkalan TLDM Lumut, semalam.


"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan akibat insiden itu dan ia tidak menjejaskan perjalanan HTA22 yang akan diteruskan mengikut atur cara ditetapkan.

"Lembaga Siasatan ditubuhkan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, video rakaman kejadian perlanggaran berkenaan tular di media sosial.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 30-12-2022 04:14 PM
Lantak tak tau sapa buat..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.030652 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top