CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Tanda Awal Jatuh Cinta

11-9-2015 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 13157| Komen: 92

Oleh Izzah Abbasy

Siapa tak pernah jatuh cinta? Ala, masa kecil dulu pun mesti pernah terjatuh hati pada rakan sekelas, kawan sekampung mahupun senior. Betul tak? Kemudian mulalah mandi pun tak basah, makan tak kenyang sebab asyik mengelamun saja.

Bagaimana perasaan atau tanda-tanda awal anda jatuh cinta?

1) Anda ada ramai kawan, tetapi dalam ramai-ramai kawan, anda hanya teringat pada si dia sahaja. Siap terfikir si dia dah makan atau belum, sihat atau tak dan adakah si dia juga mengingati anda.



2) Timbul rasa resah gelisah apabila sehari tidak dengar suara si dia. Anda mulalah menjadi 'stalker' profesional melihat laman sosial miliknya. Anda akan pastikan boleh melihat setiap yang dikemaskini oleh si dia. Tetapi jika dapat bercakap atau mendengar suara si dia, anda merasakan dunia ini milik anda berdua sahaja.



3) Anda automatik menjadi cemburu apabila si dia bercerita tentang kelebihan orang lain. Bukan setakat bercerita, malah memuji-muji orang lain di hadapan anda. Lagilah bertambah sakit hati. Jika boleh, anda ingin si dia hanya memuji anda dan nampak anda seorang sahaja di mata si dia.

4) Kalau boleh hari-hari nak jumpa dengan si dia. Tetapi disebabkan oleh kekangan masa dan komitmen masing-masing, anda hanya dapat berjumpa sekali sebulan sahaja. Apabila dah berjumpa, anda akan pastikan perjumpaan itu bukan suatu 'dating' yang sia-sia sahaja. Anda akan melakukan kejutan untuk si dia. Bahkan, saat berpisah pasti anda terasa tidak sanggup untuk melepaskan si dia pergi. Terasa masa berjalan dengan begitu pantas sekali.


5) Apa-apa sahaja pemberian daripada si dia pasti anda menyimpannya. Plastik coklat, surat, kad, bunga yang dah layu, tiket bas, tiket wayang dan sebagainya. Kalau boleh nak buat 'frame' dan gantung untuk tatapan anda serta anak cucu.

'Sweet' saja kan bila mula-mula jatuh cinta. Harap-harap ia berterusanlah sehingga tamatnya. Seronok bila ada yang menghargai dan dihargai. Lumrah, setiap pasangan selalu impikan kebahagiaan dan cinta yang berkekalan. Adakah anda mempunyai pengalaman lain semasa jatuh cinta? - CARI Infonet

9

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote huruhara 22-4-2008 10:35 PM
..i baca ni YOU.......
Quote megapixls 22-4-2008 10:49 PM
mandi x basah ,tido tak lena,mkn x kenyang............
Quote nenekglamer 22-4-2008 11:03 PM
Keh keh keh keh...  

Ada sape ek dalam palahotak aku sekarang neh?
Quote 316 22-4-2008 11:06 PM
haha

huhuhehehhee
Quote tina 22-4-2008 11:07 PM
tanda tu takde kat aku.. :cry:
Quote megapixls 22-4-2008 11:10 PM
masih bawah umo lgi kot...
Quote juju_amin84 22-4-2008 11:19 PM
xd sgt arr..tp ader arr gakss...
Quote tina 22-4-2008 11:22 PM
Originally posted by megapixls at 22-4-2008 11:10 PM
masih bawah umo lgi kot...

erkk....
mana ada bawah umor/
Quote 316 22-4-2008 11:24 PM
same la......
Quote dea_nylea 22-4-2008 11:25 PM
huuuu...nape blur jek dea nih
Quote huruhara 22-4-2008 11:31 PM
pitcha u ker moderator.?
Quote seroja 23-4-2008 01:16 AM
errr....

Quote leon_mclaren78 23-4-2008 08:56 AM
Tanda2 bila jatuh cinta... mcm lagu ni:

Setiap ada kamu
mengapa jantungku
berdetak lebih kencang
seperti genderang mahu perang

setiap ada kamu
mengapa darahku
mengalir lebih cepat
dari hujung kaki ke hujung kepala

aku sedang ingin bercinta...
karena mungkin tiada kamu di sini
aku ingin...
Quote Ass 23-4-2008 09:17 AM
i got the sign.....
Quote dragon_tears 23-4-2008 10:09 AM
nape xde bayangan sesape pon...
Quote sosimple 23-4-2008 04:11 PM
316 dan ass sedang di lamun cinta.....
Quote sosimple 23-4-2008 04:13 PM
sekarang x der rasa apa2.... deria rs dah melecur kene air panas.....
Quote seroja 23-4-2008 05:33 PM


luvv is n de air...
Quote Ass 23-4-2008 06:28 PM
where is da love...?
lalala~

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.062011 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top