CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemilik Bengkel Didenda RM2,000 'Biak' Nyamuk Aedes

30-12-2022 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 629| Komen: 5

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan berjaya dalam kes pendakwaan selepas pengusaha sebuah bengkel mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan menyebabkan pembiakan nyamuk aedes di premis perniagaannya.


Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, pemilik bengkel itu dikenakan denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar.

Menurutnya, berdasarkan pertuduhan, pemilik bengkel itu didapati melakukan kesalahan pada 21 Julai lalu, jam 10.30 pagi di sebuah kawasan di daerah ini.


Keadaan premis yang kotor dan mengundang pembiakan nyamuk aedes di sebuah bengkel di Kuantan.

"Ini adalah kes pertama yang kita dakwa di bawah Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975. Sebelum pendakwaan dibuat, amaran sudah dikeluarkan dalam tempoh seminggu bagi tujuan pembersihan premis. Namun pemilik bengkel tersebut tidak mengendahkan amaran itu sehingga menyebabkan satu notis dikeluarkan terhadapnya.

"Pemilik premis itu didakwa pada Khamis dan mengaku bersalah seterusnya dikenakan hukuman denda RM2,000 serta pemilik premis itu telah membayar denda terbabit.

"Jadi, kita berharap hukuman yang dikenakan itu dapat memberi pengajaran dan iktibar kepada pemilik premis bengkel yang lain bagi kepentingan kesihatan orang awam," katanya pada Jumaat.

Selain itu, Dr Nor Azimi memaklumkan di mahkamah yang sama, seorang wanita dan seorang lelaki dikenakan denda masing-masing RM300 atas kesalahan gagal mematuhi Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan).

Menurutnya, kedua-duanya atas kesalahan yang sama iaitu gagal mengimbas MySejahtera semasa negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Kes di bawah perundangan kesihatan awam ini telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Unit Inspektorat dan Perundangan PKD Kuantan, Hasnirul Izzat Hassan,” jelas beliau.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 30-12-2022 01:58 PM
Mmg pung..
Ada yang tayar dok bertakung lah..
Besi2 jadi karat gitu je  kat parking
Quote sharlenetexas 30-12-2022 02:01 PM
Kat celah2 daun lidah jin ada je air bertakung.


Quote Artemesiaa 30-12-2022 02:05 PM
Musim2 hujan panas ni eloklah rajin2 periksa kawasan persekitaran untuk buang air bertakung kang tak pasal2 kena tuduh menterak nyamuk pulak.
Quote saviour_09 30-12-2022 03:59 PM
Edited by saviour_09 at 30-12-2022 04:00 PM

sekarang musim denggi

area rumah aku berapa kali kkm buat fogging

memang celaka la kalo dah dapat warning pun tak kemas2 lagi

ko punya pasal, orang lain yang mati
Quote lo_la 30-12-2022 04:48 PM
Someone pernah shared, denda utk seekor jentik2 is rm500. I never checked betul ke idok.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.038213 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top