CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Sekadar Selamat Tinggal Tidak Cukup, Pele Inspirasi Jutaan Orang Untuk Selamanya' - Ronaldo

30-12-2022 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 855| Komen: 4

Cristiano Ronaldo memberi penghormatan terakhir kepada legenda Brazil, Pele yang meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Ujarnya, ucapan selamat tinggal sahaja tidak mencukupi untuk menggambarkan kehilangan pemain terulung bola sepak dunia itu.


Kematian Pele disahkan oleh anak perempuannya pada Jumaat akibat kanser kolon dihidapinya.



Kematiannya mencetuskan kesedihan seluruh komuniti bola sepak dengan pemain dan kelab dari seluruh dunia memberi penghormatan kepadanya yang mengharumkan nama Brazil pada edisi Piala Dunia 1958, 1962 dan 1970.

"Takziah saya ucapkan kepada seluruh Brazil dan khususnya kepada keluarga Edson Arantes do Nascimento.


"Sekadar selamat tinggal kepada Raja Pele tidak akan pernah cukup untuk meluahkan kesakitan yang kini melanda seluruh dunia bola sepak.

"Dia adalah inspirasi untuk jutaan orang, rujukan untuk selamanya. Kasih sayang yang selalu dia tunjukkan kepada saya akan terus diingati walaupun dari jauh.

"Dia tidak akan dilupakan, dan ingatannya akan kekal selama-lamanya dalam diri setiap pencinta bola sepak. Rehatlah dengan tenang, Raja Pele," katanya.


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gingerly 30-12-2022 02:12 PM
Someone so special will never be forgotten... Rip Pelé.
Quote Artemesiaa 30-12-2022 02:15 PM
Takziah buat keluarga dan peminat beliau
Quote Decaffeinated 30-12-2022 03:37 PM
soalan innesen aku kenapa bila orang macam ni mati akan ada ayat 'dunia bolasepak telah kehilangan etc2...'

I mean at 82, really?

Quote KamikuP 30-12-2022 05:42 PM
Takziah buat peminat bolasepak sseluruh dunia

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.040149 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top