CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beratus Kanak-Kanak Bersesak Dalam Penjara Pakistan

30-12-2022 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1512| Komen: 16

Sekurang-kurangnya 1,200 warga Afghanistan, termasuk wanita dan kanak-kanak ditahan polis dalam beberapa serbuan kerana memasuki bandar pelabuhan selatan Karachi tanpa dokumen perjalanan yang sah.


Penahanan itu mencetuskan kecaman daripada rakyat Afghanistan selepas imej kanak-kanak Afghanistan yang dikurung diedarkan dalam talian. Penahanan itu sekali gus menambah ketegangan antara negara jiran di Asia Selatan itu.

Polis dan pegawai kerajaan tempatan berkata, tahanan akan dihantar pulang ke Afghanistan selepas menjalani hukuman atau apabila kertas kerja pembebasan mereka dilengkapkan oleh peguam.


Sejak Taliban rampas kuasa di Afghanistan, lebih 100,000 warga negara itu tiba di Pakistan untuk mengelakkan penganiayaan. - Foto AP


Pegawai Pakistan mendakwa kebanyakan tahanan ingin pulang ke negara mereka.

Walaupun Pakistan secara rutin melakukan penahanan sedemikian, beberapa serbuan dilancarkan bermula Oktober lalu untuk menahan warga Afghanistan yang tinggal di Karachi dan di tempat lain tanpa dokumen sah.

Gul Din, seorang pegawai di Konsulat Afghanistan di Karachi, berkata beliau berhubung dengan Pakistan mengenai "kepulangan yang cepat dan bermaruah" warga Afghanistan ke tanah air mereka.

Gambar beberapa kanak-kanak Afghanistan bersesak dalam penjara pusat di Karachi menjadi viral di media sosial, mencetuskan desakan pembebasan bersama ibu bapa mereka.

Sekurang-kurangnya 139 wanita Afghanistan dan 165 kanak-kanak antara yang ditahan di penjara di Karachi, menurut laporan yang dikeluarkan Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia Pakistan bulan ini berdasarkan temu bual dengan beberapa tahanan Afghanistan yang dipenjarakan.

Di ibu negara Afghanistan, Kabul, Abdul Qahar Balkhi, jurucakap Kementerian Luar, berkata pegawai kedutaan telah menyatakan kebimbangan mereka ketika pertemuan dengan rakan sejawatan dari Pakistan.


Minute Mirror

"Pihak berkuasa Pakistan berulang kali berjanji membebaskan tahanan ini," katanya kepada The Associated Press, dengan mengatakan setakat ini Pakistan gagal "melaksanakan komitmen sepenuhnya."

"Kami percaya layanan yang merendahkan martabat rakyat Afghanistan di Pakistan bukanlah untuk kepentingan mana-mana pihak," kata Balkhi.

Beliau berkata rakyat Afghanistan dinasihatkan untuk tidak memasuki Pakistan jika tanpa dokumentasi melainkan jika benar-benar perlu.

Di Karachi, Murtaza Wahab, jurucakap kerajaan wilayah Sindh, berkata polis baru-baru ini menahan hanya warga Afghanistan yang tinggal di wilayah itu tanpa dokumen sah.

Beliau berkata tahanan seperti itu akan dihantar pulang. Beliau tidak menyatakan berapa ramai warga Afghanistan yang ditahan kerana menetap secara haram di Sindh tahun ini.

Tetapi Moniza Kakar, seorang peguam yang membantu tahanan Afghanistan seperti itu, berkata sekurang-kurangnya 1,400 warga Afghanistan ditahan di penjara Karachi.

"Kami tidak pasti berapa ramai warga Afghanistan kini ditahan di penjara di Pakistan. Setakat ini, kami telah memudahkan pembebasan ratusan warga Afghanistan ke negara mereka," katanya.

Kakar berkata beberapa wanita Afghanistan hamil yang melarikan diri dari Afghanistan untuk mendapatkan rawatan perubatan dan atas sebab lain, adalah antara mereka yang ditahan di Karachi dan tempat lain di wilayah Sindh.

Jutaan rakyat Afghanistan melarikan diri ke Pakistan ketika pendudukan Soviet antara 1979 hingga 1989 di negara mereka, mewujudkan antara populasi pelarian terbesar di dunia.

Sejak itu, Pakistan menjadi tuan rumah kepada warga Afghanistan, menggesa mereka mendaftarkan diri dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pihak berkuasa tempatan untuk mengelakkan sebarang risiko pengusiran.

Menurut tinjauan yang disokong PBB baru-baru ini, 1.3 juta pelarian Afghanistan berdaftar tinggal di Pakistan.

"Berikutan pengambilalihan Afghanistan oleh Taliban, terdapat peningkatan drastik di Afghanistan yang ingin memasuki Pakistan atas pelbagai sebab mulai daripada melarikan diri daripada penganiayaan, mendapatkan bantuan perubatan dan mencari peluang pekerjaan," menurut laporan yang dikeluarkan Suruhanjaya Kebangsaan mengenai Hak Asasi Manusia minggu lalu.

Taliban merampas kuasa di Afghanistan pada pertengahan Ogos 2021 dan menawan ibu negara, Kabul serta bahagian lain di negara itu ketika tentera Amerika Syarikat dan NATO berada di minggu terakhir penarikan diri mereka selepas 20 tahun perang.

Sejak itu, lebih 100,000 warga Afghanistan tiba di Pakistan untuk mengelakkan penganiayaan walaupun pemerintah Taliban mengumumkan pengampunan, menggesa rakyat Afghanistan untuk tidak meninggalkan negara itu. 


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 30-12-2022 10:33 AM
kesiannya kanak2.. huhuhuhu
Quote mejaputih 30-12-2022 12:22 PM
pyh juga...they came with their parents..parents kena tahan sbb PATI...kanak2 pula nk dibawa ke mana? kesian dorg ni
Quote ina_na 30-12-2022 01:46 PM
Sama mcm negara kita kn dgn rohinya la.. deme bawak anak2.. cuma deme ni putih,hidung mancung terpacak,Mata pun ade yg lawa2 warna hijo2.  Rohinya pulak mls aku nk sebut..
Quote ina_na 30-12-2022 01:46 PM
Sama mcm negara kita kn dgn rohinya la.. deme bawak anak2.. cuma deme ni putih,hidung mancung terpacak,Mata pun ade yg lawa2 warna hijo2.  Rohinya pulak mls aku nk sebut..
Quote namr 30-12-2022 01:48 PM
kesian budak2..comey2 nampak tu mampus kalo ada pedofil hanat
Quote shernazz 30-12-2022 01:56 PM
Dapat dek ejen dagang2 orang neh..habis jadi lauk.la...
Quote Artemesiaa 30-12-2022 02:20 PM
Kesian dalam apa2 situasi kanak2 selalu je jadi mangsa
Quote Kilian 30-12-2022 02:49 PM
kesiannya anak-anak ni semua yg terkurung taktahu apa nasib. Makan ke tidak sapa pn tak hairan.
Quote Kurex 30-12-2022 02:56 PM
ina_na replied at 30-12-2022 01:46 PM
Sama mcm negara kita kn dgn rohinya la.. deme bawak anak2.. cuma deme ni putih,hidung mancung terpac ...

Cakap je la berkerak berminyak kepam busuk
Quote ina_na 30-12-2022 04:02 PM
Kurex replied at 30-12-2022 02:56 PM
Cakap je la berkerak berminyak kepam busuk

Ari Jumaat kn baik skt..hehehe
Quote KamikuP 30-12-2022 05:43 PM
Comeinya budak2 ni kesiannya lah
Quote dua_chzy 30-12-2022 05:45 PM
Negara stan2 ni satu pun akak tak pernah jejak. Tapi akak tau kejadian alam di negara ending with stan2 ini indah. Cuma cerita politik/penindasan rakyat saja tidak indah.
Quote angelofish 30-12-2022 07:57 PM
Kalau malaysia buat macam ni. Pasti rohingya tak berani masuk
Quote orkidorkido 31-12-2022 06:41 PM
Semoga ada cahaya buat mereka
Quote Skuau 31-12-2022 06:49 PM
dah dewasa mai Msia..bg peluang..pastu..depa tunjuk jari tengah kt rakyat Msia...muka sapa nmpak bodoh...
Quote fortiori13 31-12-2022 10:09 PM
Alahai kesian adik2 ni...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.067348 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top