Sebuah bungkusan ditinggalkan di atas bonet kereta meletup menyebabkan seorang pelayan maut. Mengesahkan kejadian berlaku di hadapan sebuah kedai makan meletup di Jalan Pandan Indah pada malam Khamis, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.55 malam.
Menurutnya, mangsa, 28, merupakan lelaki warga tempatan dikatakan memegang bungkusan berkenaan sebelum meletup. Siasatan dijalankan mendapati terdapat satu bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet kereta mangsa jenis Toyota Corolla Altis.
"Letupan itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Katanya, mangsa kemudian dibawa orang awam ke Hospital Ampang namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.45 malam. "Siasatan di tempat kejadian juga menemui beberapa kesan akibat letupan iaitu kesan kemik pada kereta mangsa. "Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. Sumber: Sinar Harian |
shernazz replied at 30-12-2022 10:25 AM
Isk..along ke yang buat tu
prettyuglybabe replied at 30-12-2022 11:02 AM
kalau along, bodoh la along tu..
dah peminjam mati, siapa yang nak bayar hutang dia
prettyuglybabe replied at 30-12-2022 11:02 AM
kalau along, bodoh la along tu..
dah peminjam mati, siapa yang nak bayar hutang dia
she replied at 30-12-2022 11:34 AM
Teringat kes askar letupkan jiran sebab syak bini dia skandal dengan jiran tu
Tapi kebetulan masa k ...
miszclassique replied at 30-12-2022 12:02 PM
Depan kedai makan cina, tukang masak cina la kot?
Hebat jugak buat kerja, opposite tu balai polis de ...
monreyes replied at 30-12-2022 12:40 PM
ada info kedai depan balai ke...deret kyochon ?
ADVERTISEMENT